Episodes
-
Dalam episod Diari Ayah kali ini, kami kupas perjalanan drummer lovehunters, Saharudin Jalil sepanjang kerjayanya. Kita juga ketahui bagaimana beliau membesarkan anak-anak hingga ke universiti dan cara dia mengelak unsur-unsur yang tidak baik yang wujud dalam industri muzik.
Support the show
-
Selama 6 tahun 'Sofia', bukan nama sebenar, tidak dapat tidur dengan suaminya atas penderaan yang beliau lalui. Apakah tanda pasangan yang 'abusive' ini. Bolehkah kita kenalpasti sebelum berumahtangga? Dengarkan pengalaman Sofia.
Jika anda hadapi keganasan keluarga atau kenal sesiapa yang melaluinya hubungi Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional 1800-777-0000 atau pihak polis.Support the show
-
Missing episodes?
-
Diari Ayah : Dato' Sri Aliff Syukri yang dirakam di Singapore Expo semasa Gegar Fest. terima kasih Eventify kerana bantu aturkan temuramah ini
Support the show -
Saya belajar banyak perkara tentang perniagaan F&B daripada Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, pemilik The Malayan Council. Nama restoran yang tidak asing lagi di Singapura.
Bagaimana Hafiz menjaga restorannya hari ini dan bangun dari kegagalan bila bermula berniaga dahulu.Support the show
-
Diari Ayah Plus bertemu Sheikh Alwie Sheikh Ali yang mempunyai 5 orang anak dan semua merupakan peniaga. Mari kita dengar pengalamannya membesarkan anak2 menjadi usahawan apa yang boleh kita pelajari.
Support the show
-
Fadil banyak lalui cabaran hidup. Bercerai, kemudian seorang daripada anaknya meninggal. Namun bagaimana beliau bertahan dan kini menerima hadiah Umrah daripada insan yang budiman.
Support the show
-
Saya bertemu dengan lagenda komedi Ahmad Stokin yang berkongsi tentang kerjayanya dalam persada komedi tempatan. Dia juga berkongsi sedikit fakta tentang kehidupannya dan pengalamannya sebagai tukang paip.
Follow Diari Ayah di Spotify & tiktokDiari Ayah ini terbitan ScreenBox Pte Ltd dengan sokongan KedaiSujimy.com dan sujimy.com
Support the show
-
Bagaimana saya dapat undangan naik Haji daripada kedutaan Arab Saudi. Bagaimana persiapan saya walau ada 4 hari saja sebelum berangkat. Berapa harga Haji DIY (buat sendiri) dan perkara-perkara yang kami lalui serta pelajari ... inilah perjalanan Haji saya dan anak sulung saya, Qistina, yang sukar dilupakan. Syukur Ya Allah.
Anda boleh sokong podcast saya dengan like and follow & jangan lupa sokong kedaisujimy.com Saya sangat2 hargai.Support the show
-
Saya sempat bertemu Fuad Rahman dan bertanyakan perjalanan Gegar Vaganzanya dan perasaan bertemu anak sendiri setelah sekian lama tidak bertemu mereka.
Support the show
Fuad juga mengongsi sejarahnya bersama arwah ayahnya serta bagaimana ibunya bantu beliau mengecap hidup baru diluar penjara. Anda juga boleh dengar Fuad mengaji dalam podcast ini.
https://www.instagram.com/sujimymohamad/
Video version on my youtube & Facebook -
Pemilik SELERA RASA NASI LEMAK & Pengasas Bersama CRAVE NASI LEMAK, Dr Abdul Malik Hassan mengembangkan perniagaan nasi lemak CRAVE ke 48 cawangan serata Singapura dalam beberapa tahun sahaja. Sangat menarik mendengar cara beliau mendapat restu ibu bapa dalam perniagaannya.
Beliau banyak nasihat kepada semua peniaga, lebih-lebih lagi yang ingin buka perniagaan makanan dan sudi memberikan formula kejayaan.
Follow Dr Abdul Malik Hassan di instagramnya
Follow Diari Ayah di Spotify & tiktok
Diari Ayah ini terbitan ScreenBox Pte Ltd dengan sokongan KedaiSujimy.com dan sujimy.comSupport the show
-
Sempena hari bapa, saya bawakan sebuah lagi episod Diari Ayah, kali ini bersama lagenda bola sepak tempatan Fandi Ahmad.
Beliau menceritakan perjalanan hidupnya dan buku biografi terbarunya yang bertajuk “Honour & Sacrifice”
Terbitan ScreenBox Pte Ltd #diariayah #podcast
Support the show
www.sujimy.com
www.screenbox.com
www.kedaisujimy.com -
Saya bertemu Mohamad Hussin Bin Said, Pemilik Mangobossku Last Warning untuk merakam perjalanan hidupnya yang boleh menjadi tauladan. Seorang yang ditinggalkan ayahnya sejak kecil, main baju kemudian menjadi seorang peniaga yang tidak mengenal penat dan maju.
Inilah DiarinyaManggobossku di The Grandstand, 200 Turf Club Rd. Singapore.
Support the show
www.kedaisujimy.com
www.sujimy.com -
Yang berpengaruh boleh mempengaruh, namun jangan terpengaruh. - Datuk Ramli Sarip
Perjalanan 50 tahun yang penuh pengajaran & inspirasi. Terlalu banyak pengajaran yang saya dapat bila berpodcast dengan Datuk Ramli Sarip. Datuk juga secara spontan main guitar dan nyanyi dalam podcast ini! Enjoy semua!
Podcast ini dirakam sebelum album Rasa dilancarkan. Namun album baru Datuk Ramli sudah di pasaran dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh ke IG @ramlisaripofficial
Support the show
-
Perubahan Aliff Aziz sangat ketara. Saya sempat terbitkan sebuah podcast bersama Aliff secara remote untuk memahami isihatinya dalam banyak perkara.
www.kedaisujimy.com
www.sujimy.com
My InstagramSupport the show
-
Diari Ayah Plus bertemu Muhammad Rizlan dan beliau mengongsi pengalamannya menjadi seorang bapa titipan. Bagaimanakah sebuah keluarga menyesuaikan diri mereka menjaga anak-anak titipan? Dengarkan perkongisan Muhammad Rizlan dalam episod Diari Ayah Plus kali ini.
Support the show
Bagi mereka yang sudah berniat mengambil anak-anak titipan, anda boleh lungsuri www.msf.gov.sg/fostering untuk maklumat lanjut. -
Kadang kita hanya faham perspektif seseorang bila kita kenal apa yang mereka lalui. Mengapa Ustaz Zahid Zin berpendapat Asatizah perlu berjaya dalam hal dunia? Ada manfaatnya bila mengajar ilmu akhirat apabila asatizah sendiri maju. Dapat keterangan lanjut bersama Ustaz Zahid Zin dalam temubual #podcast #diariayah kali ini.
Kini saya faham mengapa beliau menumpukan beberapa perkara dalam hidup dan media sosialnya.
Beliau juga menceritakan bagaimana barakah ibu ayah yang membantu perniagaan-perniagaannya.www.kedaisujimy.com
www.screenbox.com.sgSupport the show
-
Betul, semuanya dalam hidup kita akan menjadi okay bila kita awas dengan beberapa perkara yang sedang berlaku dalam hidup kita ini.
Saya senaraikan dalam podcast ini beberapa perkara penting. Jika anda dapat melakukannya, in shaa Allah aman, tenang dan luas dada menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan hidup ini.
Trust Allah.
www.kedaisujimy.comSupport the show
-
Bakat serba boleh Khairudin Samsudin masuk ke studio podcast Diari Ayah. Banyak perkara yang beliau kongsi: daripada perjalanannya semasa dibengkel kanak-kanak, saat ibu bapanya berpisah, zaman beliau mula minat berlakon hingga ke saat beliau menjadi penerbit & pengarah yang sering tidak putus menerima pelbagai projek.
Khai juga berkongsi prinsip hidupnya sebagai seorang ayah dan mengapa beliau suka anak-anaknya berdikari.
Terlalu banyak pelajaran hidup yang beliau kongsi dalam podcast ini dan boleh dijadikan renungan.
Sokong podcast ini dengan LNS anda.
www.kedaisujimy.com www.sujimy.comSupport the show
-
Encik Suhaimi Jais sudah lebih 4 dekad berkecimpung dalam bidang penerbitan televisyen. Beliau banyak menerbitkan rancangan TV berbajet besar seperti Miss Universe, Bunga Tangjung, Anak Metropolitan dan banyak lagi. Tak ramai yang tahu beeliau juga berkecimpung di radio sebelum berpindah ke industri televisyen.
Apakah pengorbanan yang perlu beliau berikan kepada kerjayanya dan apa yang sudah beliau pelajari sepanjang perjalanannya?
Follow podcast Diari Ayah dan sokong www.kedaisujimy.com
#diariayah #contentcreator #podcast #lifetime #pestaperdanaSupport the show
-
5 tahun lalu abang Husin Saaban mengambil keputusan untuk kembali ke Singapura setelah sekian lama bekerja di Astro dan memenangi berbagai anugerah rancangan di Malaysia. Apakah sebabnya?
Diari Ayah bertemu abang Husin Saaban seorang pelawak veteran Singapura yang lama bertahan dalam di bidang seni. Mulanya sebagai seorang penyanyi, beliau kemudian berjinak-jinak menulis skrip sehinggalah ke hari ini.
Dengarkan podcast penuh di spotify: http://spoti.fi/30eVp2D
Beliau menceritakan hidupnya sebagai seorang pelawak, creative consultant di Astro dan mengapa kita mesti ada rasa hormat kepada semua orang di mana-mana kita berada.
TikTok Diari Ayah: https://vm.tiktok.com/ZSJeV6PWj/
#diariayah #astro #contentcreator #podcast #spotify
Sokong Diari Ayah dengan follow & share serta lungsuri www.kedaisujimy.comSupport the show
- Show more