Episodios
-
Pada tahun 2024, Jom, Sembang Buku! membuka tirai audio siar ini dengan membawa Haziq Ridzuan, penulis BLINK yang proaktif dari Malaysia. Ayuh, kenali diri beliau dengan lebih dekat lagi dan dengarkan perkongsian tentang karya terbaharu yang diterbitkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
-
Bagi musim kedua ini, saya bawakan personaliti jemputan dari Malaysia iaitu Khairil Kamarudin, seorang penulis nomik dan novelis remaja yang kini aktif sebagai penulis kartun. Apakah perbezaan dan persamaan menulis genre yang berbeza? Apa pula tip-tip untuk mereka yang ingin menceburi penulisan komik atau kartun? Ikuti sembang santai berisi kami yang sarat dengan pengalaman beliau. Jom, sembang buku!
-
¿Faltan episodios?
-
Bagaimanakah The Bambini SG bermula? Apakah cabaran yang dihadapi untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika Covid-19 melanda? Apakah hikmahnya? Ada juga perkongsian tip-tip bagi ibu bapa muda yang ingin memupuk minat membaca kepada anak-anak mereka sejak dari kecil. Ikuti audio siar saya bersama Nurain Syakirah, pengasas The Bambini SG.
-
Perkongsian 5 perkara dari novel sulung saya. Diterbitkan pada tahun 2015 dan menjadikan saya seorang novelis remaja.
-
5 tip bagi mereka yang berhasrat untuk menulis buku bergambar bagi kanak-kanak khususnya 4 hingga 8 tahun. Saya kongsikan juga pengalaman saya menulis cerita bertajuk 'Bambam's Pretend Play' dalam Antologi 'PLACES', satu projek kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NLB dan NAC.
-
Kita ketandusan komuniti booktube di daerah Nusantara ini? Ingin jadi booktuber tetapi bagaimana? Ikuti sembang santai bersama penulis, pekomik dan youtuber Malaysia iaitu Aman Wan.
-
Apa itu zine? Buat pemula yang mahu memasuki dunia perbukuan dan penerbitan, jom dengarkan sembang zine bersama Hafiz Latiff, pengasas syarikat penerbitan Legasi Oakheart, Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman penglibatan dengan industri buku dan persaudaraan Malaysia termasuk acara kebangsaan seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur World Book Capital 2020.
-
Tahun 2020 ini, industri perbukuan di Singapura diserikan lagi dengan satu lagi penerbitan buku kanak-kanak bergambar. Apakah yang berlaku di sebalik buku bergambar kanak-kanak ini? Bagaimanakah penulis mendapatkan idea dan apakah cabaran yang dihadapi untuk menghasilkan buku tersebut? Ikuti sembang santai podcast ini bersama Khairiah Amin dan personaliti undangan iaitu penulis Nur'Afifah Hussain.