Episodios
-
Caller kita kali ni pengalaman dia dahsyat weh. Bukan kaleng-kaleng punya cerita. Bukan sembang kari. Siap ada real footage weh.
Dia seorang wanita yang berani pergi redah tempat-tempat angker semata-mata nak merasai rasa seram tu. Hujungnya mendapatlah kan.....
Jadi, jom kita dengar story daripada caller kita yang mesra disapa sebagai Yaya.
-
¿Faltan episodios?
-
Kali ni brother Rizal Seram Kelam kita kongsikan pengalaman seramnya semasa dia dan rakan-rakan pergi buat benda gila iaitu cari hantu di suatu kawasan yang agak terpencil di Johor Bahru.
Kemudian dia berkongsikan juga pengalaman seram dipejabatnya sewaktu dia bekerja di sebuah syarikat pengurus acara suatu ketika dahulu.
-
Sahabat kita Rizal sekali lagi bersama kita berkongsikan kisah seram yang semuanya berlaku di Sabah. Bermula dengan kisah seorang guru yang berjumpa dengan bunian hanya semalam tapi didunia nyata beliau telah hilang berbulan-bulan.
Kisah seterusnya berkaitan seorang lelaki yang membakar dirinya kerana tak boleh terima yang seluruh keluarganya dibunuh dengan kejam oleh kumpulan lanun.
Kemudian yang paling seram kisah penanggal mengejar seorang ustaz yang bersama isterinya ketika itu sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital.
-
Nadim kongsikan pengalaman dia lagi. Kali ni pengalaman sram dia sewaktu mengikuti mesyuarat di universitinya sewaktu dia sedang menuntut 10 tahun dulu. Macam-macam gangguan yang dia alami ketika itu.
Nadim juga berkongsi pengalaman seramnya ketika dia bersendirian di pejabat. Kisah yang baru sahaja berlaku dan dia sempat merakam 'sesuatu' yang menyeramkan.
-
Nadim ni kalau bercerita memang ralit kita mendengarnya. Pengalaman yang dia kongsikan semuanya best belaka. kali ni dia kongsikan pengalaman dia turun naik tangga tak habis-habis di sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru.
Kisah keduanya pula tentang dia melihat neneknya di datangi dua orang berjubah hitam yang Nadim tak kenal pun siapa.
-
Judi ni memang perbuatan yang salah di sisi agama Islam. Perbuatan judi boleh menimbulkan pelbagai perkara buruk. Kadang sampai ada antara mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan bersekongkol dengan setan kerana judi.
-
Sahabat Acap si Aziz berkongsikan kisah-kisah seramnya dengan Acap. Bermula dengan kisah pengalaman abangnya si Alim yang diganggu semasa dalam perjalanan dari German ke France sampailah kisah yang si Aziz ni ada benda yang 'mengikut'. Patutlah tayar motor Acap asyik pancit je bila bawa si Aziz ni. Hahahahaha
-
Kisah kali ni dikongsikan oleh dua orang subscribers. Tapi yang paling seram adalah cerita daripada Kak Halimah di mana pengalaman dia berdepan dengan gangguan langsuir ketika ibunya nak melahirkan adik lelakinya.
-
Sambungan daripada video yang lepas, kali ini Nadim berkongsi pengalamannya diekori 'wanita' misteri setelah berhenti rehat di R&R Gua Tempurung semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka.Nadim juga berkongsikan kisah-kisah gangguan yang dilalui sepanjang hidupnya selepas dia menerima isim kuda kepang yang dipelajarinya. Pengalaman yang Nadim kongsikan sangat menyeramkan dan menarik untuk didengar.
-
Acap ada terima satu panggilan daripada seorang Subscriber. Seorang lelaki bernama Nadim. Nadim berkongsikan pengalamannya dengan secara tidak sengaja terbuka hijab matanya disebabkan oleh ‘isim’ yang dimasukkan ke dalam tubuhnya yang akhirnya cuba dibuang oleh datuknya namun hanya satu sahaja mampu dikeluarkan.
Selepas kejadian yang tidak disengajakan itu, Nadim boleh melihat dan merasakan kehadiran ‘mereka’ di sekelilingnya. Banyak perkara pelik dan menyeramkan berlaku ke atas dirinya. Namun menurut Nadim, dia redha dan cuba untuk tidak mengendahkan makhluk-makhluk ghaib yang sering cuba untuk mengganggu beliau.
-
Episod kali ni Acap bawakan kisah yang lain daripada yang lain. Kisah pasangan suami isteri yang menggajikan seorang pembanu rumah yang pada awalnya elok-elok saja tapi menjadi seorang yang PUAKA bila ketamakan menyelubungi diri.Seterusnya kisah seorang pemuda yang bernama Zairi. Seorang yang panas baran, kerja sambil lewa dan selalu merungut telah pergi ke Johor untuk melaksanakan tugas yang diarahkan kepadanya. Namun, dia telah melalui perkara misteri di sana.
-
Episod kali ni Acap akan kongsikan kisah yang tak kurang hebatnya. Kisah yang dikongsikan oleh Azman apabila dia telah diekori oleh makhluk yang mengerikan semasa dia pulang ke rumah sebaik saja balik jogging. Azman kata pengalaman tersebut sangat memberikan pengajaran kepadanya.Kemudian Acap akan sampaikan kisah seorang lelaki yang dah penat hidup miskin dan kemudiannya mencari jalan untuk mengubah Nasibnya sekeluarga. Malangnya jalan yang dia pilih salah sehinggakan dia hilang segala-galanya.
-
Episod kali ni lain macam sikit, KISAH SERAM di AIRPORT atau lapangan terbang. Sebenarnya Acap agak terkejut bila ada yang berkongsi kisah seram di airport ni. Ya lah, airport kan tempatnya canggih, cantik dan ramai pengunjung rupanya ada juga kisah seramnya ya.
Antara kisah yang dikongsikan adalah kisah jelmaan sosok Perempuan di sekitar kawasan Control Room di airport Changi di Singapura. Kemudian gangguan mistik di KLIA di mana ada jelmaan makhluk yang menakutkan dalam aerotrain. Terakhir, seorang penumpang berkongsikan pengalaman mistiknya semasa solat di surau KLIA 2.
Lain macam bukan?
-
Kita selalu dihidangkan dengan pelbagai kisah seram di sekolah berasrama penuh. Ada begitu, ada begini. Tapi, kisah seram dan gangguan di sekolah berasrama penuh yang diceritakan oleh sahabat kita Rizal dari channel @seramkelam ni agak unik. Bermula dengan kisah kepala bergolek. Lepas tu pelajar lelaki histeria.Nak tambah seram, ada pelajar perempuan jumpa budak kecil minta tolong sampai satu sekolah semua berjangkit histeria. Tu tak masuk lagi cerita roh pelajar Perempuan bawa bayi bersenandung dalam bilik air. Memang lain macam sekolah ni. Akhir sekali Rizal Kongsi pengalaman Ustaz atau Warden asrama diganggu semasa tinggal bersendirian di asrama tatkala pelajar semua sedang cuti sekolah.Memang lain macam cerita dia.
-
Susuk. Ia ditakrifkan sebagai suatu bendasing yang dimasukkan ke dalam tubuh dengan cara tertentu untuk tujuan tertentu yang biasanya melibatkan amalan ilmu hitam.
Amalan memasukkan susuk adalah kepercayaan tradisional, yang berkaitan dengan amalan khurafat dan syirik kerana ia memerlukan penglibatan Jin dan Syaitan. Ia lebih banyak mudaratnya berbanding kebaikan.
Sepertimana yang dikisahkan oleh dua pencerita kali ni. Mereka sendiri berdepan dengan situasi di mana si pemakai susuk itu menderita akibat daripada kesan pemakaian susuk. Ada yang susah nak mati. Ada yang merana seumur hidup dek kerana melanggar pantang susuk.
-
Acap perhatikan pendengar Podcast Kamar Remang memang suka sangat cerita pasal orang yang terlibat dengan pengurusan jenazah. Baik, kalau macam tu video kali ni untuk kalian. Ada tiga kisah perkongsian pemandu van jenazah sewaktu mereka sedang menjalankan tugas.Ada yang hampir meragut nyawa, ada kejadian yang aneh dan ada pula yang ‘ditumpang’ oleh sesuatu yang menakutkan. Macam mana ya mereka ni boleh berhati kental menhadapi kejadian-kejadian sebegitu rupa?
-
Episod kali ni Acap akan kongsikan perkongsian orang-orang yang penah kena sihir dan yang merawat sihir. Rata-rata pengalaman mereka sangat menakutkan geng. Orang yang menghantar sihir tu pulak kejam geng. Sampaikan yang terkena sihir tu sikit lagi nak gila, ada pulak tu rasa nak bunuh diri sebab tak tahan dengan kesakitan gangguan sihir.Acap harap perkongsian malam ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Jauhilah sihir geng.
- Mostrar más