Episoder
-
Sekali lagi, pesta tahunan Colours of Malaysia akan muncul di Kota Melbourne berlansung di pasar seni dan makanan paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong, the Queen Victoria Market. Seperti tahun lalu, pesta ini dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysian Students' Council of Australia, Victoria, MASCA. Pesta meriah ini memberi peluang kepada pengunjung menghayati budaya dan warisan Malaysia melalui persembahan musik, tarian, seni serta bengkel interaktif sambil menikmati sajian enak dari tanahair. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pesta kali ini, Zaini Ahmad berbual dengan Pengarah Projek Colours of Malaysia 2024, Danish Rizal. Pastikan anda tidak terlepas peluang menikmati pesta Colours of Malaysia di Queen Victoria Market pada hari Sabtu, 30 November dan Ahad, 1 December, 2024, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
-
Country is the term at the heart of Australian Indigenous heritage and continuing practices. The environments we are part of, carry history spanning tens of thousands of years of First Nations presence, culture, language, and connection to all living beings. So, how should architects, government bodies and creative practitioners interact with Indigenous knowledge when designing our urban surroundings? - Di setiap pelusuk benua Australia wujud suatu penyataan dalam ruang yang dibina yang mencerminkan sejarah dan warisan kaum orang asli negara ini. Persoalan yang kini timbul, apakah jurubina, arkitek dan agensi kerajaan seharusnya berinteraksi dan mengadakan dialog dengan warga pertama negara ini di peringkat awal sesuatu pembangunan bagi memastikan penyataan dan pengekspresan warisan kaum orang asli wujud dalam reka bentuk ruang yang dibina?
-
Mangler du episoder?
-
Dalam arena sukan di Malaysia wujud beberapa jaguh dan juara yang sememangnya layak dianggap wira dan lagenda negara. Antaranya, bersinar kejaguhan seorang olahragawati yang begitu hebat sekali ketika zaman kegemilangannya sepanjang dekad ke-70 dan 80an dalam acara heptathlon, sehingga digelar, the "Iron lady". Olahragawati ini berjaya memecah rekod heptathlon di Sukan SEA di Manila pada 1981 dan setahun kemudian dikurniakan anugerah Olahragawati Kebangsaan 1982. Walaupun kini telah meninggalkan gelanggang sukan secara professional, jaguh dan wira sukan ini terus bertekad memajukan dunia sukan tanahair. Ikuti temubual Zaini Ahmad dengan Datuk Zaiton Othman untuk mengetahui apakah yang mendorong beliau sehingga mencapai kecemerlangan dalam dunia sukan yang serba kompetitif.
-
Are you seeking a truly impactful Australian travel experience? Whether you’re seeking wilderness, food, art or luxury, there are plenty of First Nations tourism adventure that you can explore, led by someone with 65,000 years of connection to this land. Not only will you deepen your experience, but you’ll help drive cultural and economic opportunities for First Nations communities. - Apakah anda ingin menikmati pengembaraan atau percutian yang benar-benar menawarkan pengalaman jati Australia? Tak kira sama ada anda gemari pengembaraan di hutan rimba atau menikmati sajian dan hidangan tempatan, kesenian atau percutian mewah, pengalaman Pelancongan Warga Pertama Australia atau First Nation Tourism menawarkan pelbagai pilihan. Dan kesemuanya dikendalikan oleh pemandu pelancong warga kaum asli yang mempunyai kaitan dengan bumi Australia sejak 65-ribu tahun lalu. Menyertai pelancongan warga pertama Australia turut menyumbang terhadap pembangunan dan perkembangan budaya dan ekonomi kaum orang asli negara ini
-
Kejayaan seseorang itu lazimnya boleh diukur bukan setakat tahap kecemerlangan yang tercapai, sebaliknya turut dihitung dari kegagalan yang diharungi. Apa yang penting, tak kira berapa kali seseorang itu gagal, semangat serta ketabahan hati untuk mencuba sekali lagi seharusnya dipuji. Inilah pegangan seorang warga Malaysia berasal dari Ipoh, Perak, yang berjaya mencipta nama dalam bidang motivasi, kejurulatihan dan mentorship di Melbourne, Australia. Malahan kejayaan itu melihat beliau dianugerahkan sebagai "The Australian Coach of The Year" pada tahun 2019 oleh Institut Jurulatih Australia, menewaskan 7,000 jurulatih yang lain. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Dr Raja Yasmin untuk mengetahui perjalanan hidup beliau sejak berhijrah ke Australia dan apakah yang menjadi motivasi untuk beliau terus mengejar kejayaan.
-
Bagi warga Melayu di Australia, mencari makanan halal adalah perkara biasa yang sentiasa perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila mencari restoran yang menyajikan makanan halal. Lazimnya, sajian restoran dari rantau Indochina, termasuk Vietnam, mengandungi bahan yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Namun, di subbandar Springvale, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne, terdapat sebuah restoran Vietnam yang menawarkan menu 100% bebas daging khinzir yang digemari ramai. Zaini Ahmad dari SBS Bahasa Melayu mencuba beberapa sajian halal yang ditawarkan oleh Restoran Vietnam, Le Feu Oasis.
-
Setiap tahun, Kemerdekaan Malaysia disambut secara rasmi di Australia oleh wakil kerajaan Malaysia di negara ini. Di Victoria, acara sambutan rasmi dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Walaupun warga Malaysia telah berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, di Melbourne, inilah ulung kalinya sambutan sebegini dijayakan oleh warga Melayu tersendiri. Tiga rakan karib, iaitu pasangan suami isteri, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, disertai, Zahari Afendi, tahun ini berjaya menganjurkan Pesta Piala Merdeka 2024. Zaini Ahmad berpeluang meninjau pesta meriah sepanjang hari ini yang berlansung di Tatterson Park, Keysborough.
-
Tahun ini, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 dengan tema, Malaysia Madani, Jiwa Merdeka. Segolongan warga Malaysia yang menetap di Melbourne, Australia, turut berpeluang menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini setelah dijemput menghadiri majils anjuran Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne di sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota negeri Victoria yang indah ini. SBS Bahasa Melayu turut dijemput ke majlis ini, di mana Zaini Ahmad berpeluang menemubual Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud selaku Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne.
-
Setelah berada di Australia selama tujuh-belas tahun, warga Malaysia, Sharifah Dayang Kusuri, akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke tanahair. Beliau adalah antara orang pertama di kalangan golongan terbaru warga Malaysia yang datang ke Australia sejak awal tahun 2000 untuk cuba mengubah nasib di negara ini. Ikuti temubual Zaini Ahmad dengan Sharifah Dayang Kusuri, yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Pah, untuk mengetahui kisah pahit manis serta saranan beliau kepada warga Malaysia lain yang kini menyimpan hasrat untuk datang ke negara ini.
-
Walaupun jauh dari negara yang dirindui, warga Negeri Di Bawah Bayu yang kini menetap di Australia tidak mengabaikan warisan kebudayaan mereka. Sempena pesta menuai tahunan yang disambut oleh semua suku kaum di negeri indah yang terletak di bahagian utara pulau besar Borneo, Persatuan Kebudayaan Sabah Melbourne menganjurkan Pesta Kaamatan 2024. Pesta meriah sepanjang hari melihat warga Sabah di ibu kota Victoria mengambil bahagian dalam pelbagai persembahan dan pertandingan, termasuk pemilihan juara Sugandoi dalam pertandingan menyanyi serta pemilihan Ratu Cantik Zandi Tavanus dan Ratu Unduk Ngadau. Pesta Kaamatan 2024 turut melihat sajian hidangan enak, termasuk sajian Hinava ikan mentah yang popular di negeri Sabah. Cabutan bertuah turut diadakan dengan kemuncak cabutan melihat seorang pemenang bernasib baik memenangi sebuah kereta. Syabas kepada Flora Stepen, selaku Presiden Persatuan Kebudayaan Sabah menganjurkan Pesta Kaamatan 2024, sekaligus mengekalkan warisan budaya kepelbagaian suku kaum dari negeri yang indah di bawah bayu.
-
Learn how to talk about news that makes us feel scared or hopeful. - Pelajari bagaimana anda boleh vertutur dalam Bahasa Inggeris untuk menyuarakan kebimbangan atau harapan anda.
-
Understanding and respecting Indigenous knowledge of medicine may be the key to providing more holistic and culturally sensitive care in today's healthcare setting. - Memahami dan mendalami amalan perubatan kaum orang asli negara ini yang menggabung pendekatan holistik zahir dan batin mampu mempertingkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan kesihatan umum yang ditawarkan kepada semua warga Australia.
-
Kini ramai di kalangan warga Australia yang menghadapi tekanan hidup akibat bebanan kos kehidupan yang kian meningkat. Bagi pasangan suami isteri dari Malaysia, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT sejak berhijrah ke Australia adalah rahmat yang diterima dengan penuh kesyukuran. Ikuti perbualan Zaini Ahmad bersama pasangan yang lebih dikenali dengan gelaran mesra, Pak Teh dan Sheila, untuk mengetahui apakah yang mendorong mereka membabitkan diri dalam aktiviti kebajikan.
-
Every day, pedestrians across Australia break the law without knowing it. This can result penalties and occasionally accidents. Stay safe and avoid an unexpected fine by familiarising yourself with some of Australia’s common pedestrian laws. - Setiap hari ramai pejalan kaki, tanpa disedari, melanggar undang-undang jalanraya di Australia. Kesalahan ini tidak boleh dianggap remeh kerana padahnya teruk, bukan setakat disaman dan didenda, malahan ramai juga yang ditimpa kemalangan. Dalam episode Australia Explained kali ini, SBS Bahasa Melayu memberi petua bagaimana untuk mengelak dari melakukan kesalahan serta tatatertib bagi memastikan anda sentiasa selamat ketika berjalan kaki.
-
Are you familiar with Australia’s legal system? As a federation of six states and two territories, Australia has laws that apply nationally, as well as laws specific to each jurisdiction. Additionally, there are parallel structures of federal and state courts. Learn the basics of how the legal system works, from understanding Australian laws to accessing legal assistance. - Sistem undang-undang Australia ialah satu rangkaian perundangan kompleks yang wujud bagi memastikan tatacara kemasyarakatan dipatuhi serta keadilan dan hak warganya sentiasa terpelihara. Sebagai sebuah Persekutuan, Australia terdiri dari enam buah negeri dan dua wilayah, setiapnya mempunyai kerajaan, badan perundangan dan sistem kehakiman tersendiri yang berfungsi serentak dengan struktur kerajaan persekutuan Komanwel. SBS Bahasa Melayu menerangkan bagaimana sistem perundangan negara in berfungsi serta opsyen yang sedia ada sekiranya anda memerlukan bantuan perundangan.
- Se mer