Episodes
-
Yesus Mesias mengutus dua orang murid-Nya dengan berkata: "Pergilah ke kampung di hadapan itu. Apabila kamu masuk, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang belum pernah ditunggang, tertambat di situ. Lepaskannya dan bawa ke sini. Jika ada orang bertanya kepadamu, ‘Mengapakah kamu melepaskan keldai?’ kamu hendaklah berkata kepadanya, ‘Tuhan memerlukannya'" (Lukas 19:30-34)
Adakah ini perancangan Yesus atau mukjizat Yesus? 🙌 Kenapa sangat terperinci dan khusus - "anak keldai yang belum pernah ditunggang"? 🐴Apakah lima (5) hal penting yang kita boleh belajar daripada petikan ini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Pada suatu hari semasa Yesus berdoa bersendirian, murid-murid-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Mengikut orang ramai, siapakah Aku?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata salah seorang nabi telah hidup semula.” Yesus bertanya kepada mereka, “Apa kata kamu: Siapakah Aku pula?” Petrus menjawab, “Kristus daripada Allah" (Lukas 9:18-20)
Untuk mendengar episode podcast berkaitan dengan petikan ini, "Yesus Ialah Mesias Tuhan dan Anak Allah Yang Maha Tinggi", PERGI KE 🔗 https://spoti.fi/3Gt4tpG
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas -
Missing episodes?
-
Petikan ini dimulakan dengan "Yesus menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yang mendengar-Nya" atau sementara orang masih mendengar-Nya berkata-kata (Lukas 19:11a). Apa yang Yesus "kata" dan apa yang orang "dengar" sebelum ini? "Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang" atau orang berdosa (v.10) 🙌
Ini benar untuk kedatangan Yesus kali pertama 👍 Tetapi untuk kedatangan-Nya kali kedua, kepada mereka yang "menyangka bahawa kerajaan Allah akan menjadi nyata tidak lama lagi" (v.11b), Yesus menjelaskan hal ini dengan menceritakan sebuah ibarat atau perumpamaan kepada mereka. Ini kata-kata dan maksud Yesus...👂 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Dalam Lukas 18, ada seorang pemimpin bangsa Yahudi yang menurut Hukum Taurat datang kepada Yesus Mesias tetapi akhirnya dia meninggalkan-Nya "kerana dia seorang yang amat kaya" (v.23). Kemudian Yesus berkata, "Alangkah susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah!" (v.24).
Tetapi dalam Lukas 19, Zakheus, seorang ketua pemungut cukai yang berdosa, yang juga "sangat kaya" (v.2), mendengar Yesus berkata, "Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu [Zakheus] juga seorang keturunan Abraham" (v.9). Apa bezanya pemimpin bangsa Yahudi itu dengan Zakheus? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Salah satu hal yang menarik yang saya perhatikan dalam petikan ini ialah apabila orang ramai hanya melihat dan memanggil Yesus sebagai "orang Nazaret" (merujuk kepada tempat Dia dibesarkan), orang buta ini pula 'melihat' dan memanggil Yesus sebagai "Anak Daud!" (merujuk kepada identiti-Nya sebagai Mesias Tuhan) 👁️
Apakah tiga (3) bukti yang menunjukkan bahawa Yesus ialah Mesias? Apakah lima (5) pengajaran yang kita boleh belajar daripada orang buta ini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Penganiayaan, kematian dan kebangkitan Yesus Mesias ialah BUKAN suatu kemalangan, kekalahan atau kegagalan tetapi SEMUANYA telah diketahui-Nya dari awal lagi dan segalanya telah tersurat dalam Kitab Suci. Yesus sendiri telah bernubuat tentang diri-Nya sendiri ✔️
Namun begitu, para murid-Nya "tidak mengerti" dan "tidak memahami" apa yang dikatakan oleh Yesus 🥲 Kenapa? Dan, apakah aplikasinya kepada kita pada masakini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Ternyata ini ialah soalan yang sangat popular pada zaman Yesus Mesias, dua kali telah ditanyakan kepada-Nya dalam Kitab Injil ini: "Guru, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?" (Lukas 10:25, 18:18) 🤔
Sebenarnya ada dua (2) cara untuk kita beroleh atau mewarisi hidup yang kekal... mari saya terangkannya melalui respon Yesus dalam petikan ini 💪 (klu: dua cara tetapi satu mustahil kerana kekurangan kita dan satu lagi tidak mustahil kerana kasih kurnia Allah) 🙌
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Yesus Mesias berfirman: “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku. Jangan larang mereka kerana orang yang seperti itulah yang empunya kerajaan Allah. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya" (Lukas 18:16-17) 🚼 Ini kenyataan yang sangat radikal: Jika "tidak" menerima, maka, "tidak" akan masuk!
Ada TIGA (3) hal yang penting, menurut konteks, untuk "menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil" 👍 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Ibarat Yesus Mesias dalam Lukas 18:9-14 ini sangat mudah untuk ditafsirkan (interpretation) kerana dari awal lagi sudah diberitahu kenapa Dia menceritakannya (baca ayat 9). Jadi, dalam episod ini, saya akan lebih berfokus kepada pemerhatian (observation) yang saya dapat dalam petikan ini 🔍
Ada empat (4) PERSAMAAN dan empat (4) PERBEZAAN diantara "orang Farisi" dan "pemungut cukai" - dan ada empat (4) PENGAJARAN bagi kita pada masakini 😊
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Petikan firman: Lukas 9:10-17
Setelah rasul-rasul itu kembali, mereka menceritakan kepada Yesus segala perkara yang telah dilakukan mereka. Yesus membawa mereka ke sebuah bandar yang bernama Betsaida. Tetapi orang ramai mendapat tahu akan hal itu lalu mengikut-Nya. Yesus menyambut mereka dan mengkhabarkan kerajaan Allah kepada mereka serta menyembuhkan orang yang memerlukan penyembuhan.
Menjelang senja, dua belas murid itu datang kepada Yesus. Mereka berkata, “Suruhlah orang ramai ini pulang supaya mereka dapat pergi ke desa dan daerah di sekitar untuk mencari makanan dan penginapan kerana tempat ini terpencil.” Yesus berkata kepada mereka, “Kamulah memberi mereka makanan.” Murid-murid itu berkata lagi, “Kami hanya ada lima buku roti dan dua ekor ikan, melainkan kami pergi membeli makanan untuk orang ramai ini.”
Terdapat kira-kira lima ribu orang lelaki di situ. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Suruh mereka duduk berkelompok-kelompok, kira-kira lima puluh orang sekelompok.” Murid-murid itu melakukan suruhan Yesus dan semua orang pun duduk. Setelah mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur atas makanan itu. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai. Mereka semuanya makan sehingga kenyang. Para murid-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas bakul.
_____________
Dengar episod podcast ini juga - Yesus Mesias akan Menyediakan Roti Yang Memberi Hidup 🔗 https://open.spotify.com/episode/1BrsMlPL98FOBH7BPqoqYb?si=0Cz8NKeyS2-OvbFzpR-P9g
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Secara amnya, ibarat Yesus Mesias dalam Lukas 18:1-8 ini sangat mudah untuk ditafsirkan ✔️ Terang-terang dikatakan bahawa ibarat ini diceritakan oleh Yesus untuk mengajar para murid-Nya untuk "sentiasa berdoa dan tidak putus asa" (v.1).
Namun begitu, jika kita melihat beberapa klu dalam petikan ini, secara konteksual dan keseluruhan, ibarat ini ialah tentang bagaimana para murid Yesus, iaitu umat pilihan Allah, harus sentiasa berdoa untuk mendapatkan keadilan daripada TUHAN dan tidak berputus asa sehingga Anak Manusia datang semula! 🙌
Ada tiga (3) sebab kenapa kita boleh yakin dan percaya kepada TUHAN Allah & ada tiga (3) respon yang kita harus ada 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Petikan Firman: Lukas 9:1-10
Yesus memanggil murid-Nya yang dua belas itu lalu memberi mereka kuasa dan perintah untuk mengusir segala roh iblis dan menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Dia mengutus mereka untuk mengkhabarkan kerajaan Allah dan menyembuhkan orang sakit.
Yesus berkata kepada mereka, “Jangan kamu bawa apa jua pun dalam perjalananmu, baik tongkat, baik beg, baik makanan, baik wang mahupun dua helai pakaian. Di rumah mana-mana pun kamu disambut, menetaplah di situ sehingga kamu beredar dari bandar itu. Di mana-mana kamu tidak disambut, tinggalkan bandar itu dan kebaskanlah debu daripada kakimu sebagai kesaksian terhadap mereka.”
Mereka pun berangkat lalu pergi dari kampung ke kampung untuk menyampaikan Injil dan menyembuhkan orang di mana-mana sahaja. Herodes, raja wilayah, mendengar segala perkara yang berlaku. Dia keliru kerana ada yang mengatakan bahawa Yohanes telah dibangkitkan daripada kematian, ada yang berkata bahawa Elia telah muncul; ada juga yang berkata bahawa salah seorang nabi pada zaman dahulu telah hidup kembali. Herodes berkata, “Yohanes itu telah kupancung kepalanya tetapi siapakah orang ini? Banyak perkara tentangnya telah aku dengar.” Oleh yang demikian, dia mencari jalan untuk menemui Yesus.
Setelah rasul-rasul itu kembali, mereka menceritakan kepada Yesus segala perkara yang telah dilakukan mereka. Yesus membawa mereka ke sebuah bandar yang bernama Betsaida.
_____________
Dengar episod podcast ini - Enam (6) Prinsip Pelayanan Misi dan Penginjilan 🔗 https://open.spotify.com/episode/6FseXGNXmkkRKE9Hkjihy8?si=DJRlKY9oR4CLRztVuH7VZA
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Dalam Lukas 17:20-21, Yesus Mesias menjawab soalan beberapa orang Farisi tentang "bila kerajaan Allah akan datang"; dalam ayat 22-37 pula, Yesus berkata kepada para murid-Nya tentang "hari Anak Manusia." Apakah kaitannya diantara kerajaan Allah dengan Anak Manusia? Mudah... dimana ada hadirat Yesus Mesias, Anak Manusia, disitulah Kerajaan Allah ada! 🙌
Ada lima (5) pengajaran penting yang kita harus ambil tahu sementara menantikan kedatangan Anak Manusia dalam petikan ini ✔️ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
"Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus bila kerajaan Allah akan datang dan Yesus menjawab..." (Lukas 17:20). Apa itu "kerajaan Allah"? Bagaimana Yesus menjawab mereka? Adakah kerajaan Allah sudah datang atau belum? 🤔
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Kerana iman, walaupun kuantiti iman sebesar biji sesawi, 10 orang yang berpenyakit kusta, apabila mereka datang bertemu dengan Yesus Mesias, mendengar firman-Nya dan mentaati-Nya, mereka sembuh!
Tetapi kerana iman juga, kualiti iman yang berfokus kepada sumber kesembuhan, iaitu Yesus Mesias, hanya 1 orang Samaria mendapat keselamatan! Mendapat kesembuhan itu baik tetapi adakah kamu lebih lagi ingin mendapat keselamatan?
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Mendengar ajaran-ajaran Yesus Mesias yang mencabar (Lukas 17:1-4), para rasul berkata kepada-Nya: "Kuatkanlah iman kami" (v.5). Ini kesedaran dan permintaan yang baik 👍 Namun begitu, anggapan disebalik kata-kata mereka ini kurang tepat. Iman TIDAK boleh dimuat turun secara automatik atau diperolehi serta-merta.
Melalui respon para rasul ini (dan ramai daripada kita sekarang), iman harus ekspres! ❌ Tetapi melalui respon Yesus (v.6-10), iman ialah suatu proses! ✔️
Mari saya terangkan 😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
lanya memerlukan iman untuk Yairus "sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya kerana anak perempuan tunggalnya... hampir mati" (Lukas 8:41-42). Tetapi apabila orang ramai dan seorang wanita yang menghidap penyakit melambatkan perjalanan Yesus, iman dan kesabaran Yairus diuji. Namun begitu, iman Yairus mungkin dibangkitkan semula apabila dia mendengar Yesus berkata kepada wanita yang telah disembuhkan itu, "Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu..." (v.48).
Tetapi sekali lagi iman Yairus diuji apabila seorang utusan berkata kepadanya, "Anak perempuan tuan telah mati..." (v.49). Bagaimanakah perubahan iman Yairus turun naik tetapi tetap ada menggalakkan iman kita? Bagaimana Yesus memberi harapan kepada Yairus? Dan, kenapa kita harus sentiasa mengarahkan mata kita kepada Yesus untuk iman kita?
Untuk mendengar episod podcast berkaitan dengan petikan ini, pergi ke Spotify 🔗 https://open.spotify.com/episode/6E1JtDwMZXsMVAyf6ZFoOY?si=5NIeDDj_QYOC1v-B6oSyuQ
#ServeToLead #PreachTheWord #Injil Lukas
-
Dalam petikan ini, Yesus Mesias memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebabkan kanak-kanak kecil melakukan dosa, iaitu, menjadi batu sandungan (Lukas 17:1-3) dan pesanan tegas kepada para murid-Nya untuk mengampuni orang yang melakukan dosa kepada mereka (v.3-4). Ini ialah firman yang mencabar! 🙏
Siapakah "kanak-kanak kecil" dalam petikan ini? Bagaimana kita boleh menjadi batu sandungan kepada orang lain - dan apakah hukumannya? Kenapa dan bagaimana caranya kita boleh mengampuni dosa orang terhadap kita? Dan apakah SATU perkara utama yang kita harus minta kepada TUHAN untuk mentaati firman Yesus ini? 🙌
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
-
Sudah 10 tahun seorang wanita ini menghidap penyakit pendarahan yang berhubungan dengan haidnya yang tidak normal. Ditambahkan pula "walaupun dia telah menghabiskan harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapa pun" (Lukas 8:43). Tiada kesembuhan. Tiada harta lagi. Seolah-oleh tiada harapan.
Tetapi pada suatu hari, Yesus Mesias datang ke tempatnya. Wanita ini terus mengambil peluang! Kali ini atau tidak lagi. Seperti wanita ini, selagi bernyawa, kita juga harus mengambil peluang. Hari ini, jika kamu mendengar Dia ada, jangan keraskan harimu. Datang kepada-Nya! Apakah kesudahan bagi wanita ini? Dan, lebih penting lagi, bagaimana kesudahan kamu pula?
Untuk mendengar episod podcast berkaitan dengan petikan ini, pergi ke 🔗 https://open.spotify.com/episode/48yB1gt9XFFEBx8MqC4HgN?si=9nGdOY5MRIuf7fDkINnOqA
#ServeToLead #PreachTheWord #Injil Lukas
-
Tentang orang kaya dan Lazarus dalam Lukas 16 ini, Yesus Mesias mula-mula membandingkan kehidupan mereka di dunia (v.19-21). Kemudian, kematian mereka di antara dunia dan akhirat (v.22). Akhirnya, Dia menyatakan kesudahan mereka di akhirat (v.23-26) dan bagaimana situasi di akhirat berkaitan dengan respon orang di dunia (v.27-31) 📖
Adakah petikan ini suatu ibarat atau kisah benar? Apakah perbezaan dan persamaan di antara mereka? Apakah empat (4) kebenaran tentang dunia akhirat? Apakah tiga (3) dilusi orang kaya ini di alam maut? Kenapa nama "Lazarus" diberi? 🤔 dan sebagainya.
#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
- Show more