Episodes
-
Dalam episod ini, Miss Chat kembali menjawab pelbagai persoalan pendengar tentang puasa! Kami bincangkan hukum berpuasa ketika bermusafir, cara mengatasi cabaran berpuasa, serta isu puasa sunat bagi yang belum qada. Turut dibahas, dilema ibu hamil dan menyusukan anak, serta panduan pembayaran fidyah.
Dapatkan Kurma Ajwa sekarang di www.usrah.shop
-
Dalam episod kali ini, kami menjemput tetamu istimewa, ChatGPT (atau Miss Chat), untuk berbincang tentang peranan AI dalam memberi fatwa. Kami akan menguji kemampuan AI menjawab soalan-soalan Islam seperti mengapa babi itu haram, bagaimana pembahagian faraid dilakukan, dan sama ada AI boleh memahami emosi manusia. Kami juga menyentuh tentang penggunaan AI dalam dakwah oleh pendakwah Islam. Ikuti perbincangan yang menarik ini mengenai hubungan antara teknologi, agama, dan manusia!
-
Missing episodes?
-
Kami bersama Puan Murni Abbas, bekas Pengurus Kanan di Mahkamah Syariah dan kaunselor perkahwinan, untuk menjawab soalan-soalan perkahwinan dan keluarga dari pendengar di Slido. Isu yang dibincangkan termasuk peranan suami sebagai ketua keluarga, mawaddah dan warahmah, hak suami isteri, bila perlu pergi kaunseling, dan suami yang berhak ditaati dalam Islam.
📞 Divorce Support and Family Counselling - 63240024
📞 Agensi bagi pasangan muda di bawah 25 - 65611049 / 64163960
📞 Centre for remarriages and stepfamilies - 68913090
📞 Kes-kes keganasan - 65550390
📞 Kes-kes ketagihan - 67326837
-
Dalam episod kali ini, kami teruskan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pendengar di Slido, membincangkan pelbagai isu penting dalam perkahwinan dan hubungan dalam Islam. Antara topik yang dibicarakan termasuk tanggung jawab suami dan isteri, keperluan untuk menghadiri kursus kahwin, adakah suami menanggung semua dosa isteri, serta apa itu aib pasangan dalam Islam. Kami juga menyentuh tentang isu kontroversi "ipar adalah maut". Dengar perbincangan penuh dalam episod ini!
-
Dalam episod kali ini, kami membincangkan isu kekeluargaan seperti hak dalam perkahwinan, amalan sekeluarga untuk keberkatan, dan adab menegur ahli keluarga. Kami juga menjawab persoalan tentang mahram, anak autistik, dan kesan jika ada ahli keluarga yang tidak solat fardhu. Dengar perbincangan ini untuk memperkukuh ikatan keluarga Muslim.
-
Dalam episod kali ini, kami menjawab pelbagai soalan menarik yang diterima melalui Instagram @usrahsg. Perbincangan merangkumi hiburan yang dibenarkan dalam Islam, cara memulakan langkah mendalami agama bagi mereka yang merasa jauh dari Islam, adab serta doa terbaik apabila menerima pujian, perbezaan antara rezeki yang diberkati dengan istidraj, serta isu peningkatan perkahwinan civil dan implikasinya terhadap syariat.
-
Dalam episod pertama, Ustaz Nuzhan dan Dzar memperkenalkan podcast Usrah, membincangkan pemilihan nama, kerjasama mereka, dan program menarik yang bakal disajikan.
Selamat datang ke Usrah musim 2025. Bismillah! 🤲🏻✨