Episodes
-
Dalam podcast kali ini, YB Viral, Anas Abdul Jalil dan Armand berbincang mengenai isu hangat yang menggusarkan Rakyat pada masa ini – iaitu pelaksanaan Digital ID. Apa yang Rakyat risau adalah adakah Kerajaan Madani akan menjaga maklumat peribadi Rakyat?
Seperti apa yang berlaku dalam skandal Insan Selangor, Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan dan membekalkan data peribadi warga Selangor yang diambil dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada sebuah syarikat swasta yang bukan di bawah kawalannya untuk mendaftar warga Selangor dalam skim insurans bukan Takaful tanpa kebenaran mereka. Kerajaan Madani juga telah menyalahgunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat konten para pengkritik Kerajaan Madani dan Malaysia telah menjadi negara ke-4 terbesar di dunia di mana Kerajaan telah mengarah TikTok untuk menurunkan konten anti-Kerajaan.
Jom sokong gerakan DEMI NEGARA dengan subscribe Telegram Channel: t.me/BantuDemiNegara
#YBViral
#SuaraSemakImbang
#DemiNegara
#RakyatJagaRakyat
#JanganJadiMacaiPolitikus
[podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 1 Disember 2023] -
Dalam podcast kali ini, YB Viral, Zam Yahaya dan Armand bersembang mengenai skandal A&W, kritikan Anwar terhadap kesahihan dapatan tinjauan Merdeka Center, kenyataan Mat Sabu mengenai keengganan India untuk mengeksport beras ke Malaysia, sindiran Rafizi Ramli terhadap “walaun yang shopping di New York” mengenai isu nilai Ringgit yang lemah dan isu-isu hangat semasa yang lain.
#YBViral
#SuaraSemakImbang
#DemiNegara
#RakyatJagaRakyat
#JanganJadiMacaiPolitikus
[podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 30 November 2023] -
Missing episodes?
-
Adakah budaya taksub kepada PMX amat padah dalam PKR?
Pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini, rata-rata perbahasan perwakilan PKR dilihat lebih kepada memuji-muji Presiden Anwar Ibrahim, dan mereka tidak langsung membahaskan isu rakyat.
Dalam podcast kali ini, YB Viral, SZO Mak Iban Olivia dan Anas Abdul Jalil berbincang mengenai isu ini dan hal-hal ehwal semasa yang lain.
#YBViral
#SuaraSemakImbang
#DemiNegara
#RakyatJagaRakyat
#JanganJadiMacaiPolitikus
[podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 27 November 2023] -
Adakah Kerajaan Madani nampaknya sudah kalah propaganda di ruang media sosial?
Dalam podcast Sembang Petang kali ini, YB Viral, Anas Abdul Jalil dan Zam Yahaya berbincang mengenai reaksi Anwar Ibrahim berkenaan dapatan tinjauan Merdeka Center berhubung kadar sokongan terhadap beliau yang merosot. PMX mengkritik tinjauan itu yang hanya melibatkan 1,200 orang dan menuntut agar apa-apa tinjauan yang bakal dibuat oleh Merdeka Center pada masa depan patut melibatkan semua 32 juta rakyat Malaysia!
#YBViral
#SuaraSemakImbang
#DemiNegara
#RakyatJagaRakyat
#JanganJadiMacaiPolitikus
[podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 24 November 2023] -
YB Viral, Dayangku Intan dan Zam Yahaya berbicara mengenai satu pantun yang ditulis oleh Zeina Azzam bertajuk “Tulis Namaku Di Kakiku, Mama” dalam podcast Sembang Petang kali ini.
Media melaporkan sesetengah ibubapa di Gaza terpaksa menulis nama anak-anak mereka di kaki mereka untuk membantu mengenal pasti diri mereka jika mereka atau anak-anak mereka terbunuh.
Berikut adalah pantun tersebut yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu:
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Gunakan penanda kekal berwarna hitam,
Dengan dakwat yang tidak meleleh, jika ia basah.
Dengan dakwat yang tidak cair, jika ia terdedah kepada panas.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Jadikan garisnya tebal dan jelas,
Tambahkan seni tersendiri istimewa mu.
Supaya aku bisa tenteram melihat,
tulisan tangan mama ku apabila ku tidur.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Dan di kaki kakak dan abang ku,
Dengan cara ini, kita akan menjadi milik bersama.
Dengan cara ini, kita akan dikenali sebagai anak-anak mu.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Dan sila tulis nama mu,
Dan nama Baba di kaki mu juga.
Supaya kita akan diingati, sebagai sebuah keluarga.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Jangan tambah walau sebarang nombor,
Seperti semasaku dilahirkan atau seperti alamat rumah kita.
Aku tak mahu dunia mengenali ku sebagai nombor,
Aku mempunyai nama dan aku bukanlah nombor.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Apabila bom meledak rumah kita,
Apabila dinding menghancurkan tengkorak dan tulang kita.
Kaki kita akan menceritakan kisah kita,
Betapa tiada tempat untuk kami lari.
—Zeina Azzam
#YBViral
#SuaraSemakImbang
#DemiNegara
#RakyatJagaRakyat
#JanganJadiMacaiPolitikus
[podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 23 November 2023] -
Dalam podcast kali ini, YB Viral, Dayangku Intan dan Zam Yahaya berbincang mengenai penarafan ("Approval Rating") Anwar Ibrahim yang telah menurun setahun selepas beliau memegang jawatan, menurut tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Center.
Membandingkan hasil tinjauan lewat Oktober 2023 dengan angka pada Disember 2022, firma penyelidikan yang dikhabarkan pro-Pakatan Harapan itu berkata hanya 50% pengundi Malaysia memberi PMX penarafan positif, berbanding 68% sebelumnya.
#YBViral
#SuaraSemakImbang
#DemiNegara
#RakyatJagaRakyat
#JanganJadiMacaiPolitikus
[podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 23 November 2023]