Episodios
-
Bahasa Melayu merupakan bahasa ‘asing’ buat mereka, tetapi itu tidak menghalang dua individu bukan Melayu ini jatuh cinta dan kini fasih berbahasa Melayu.
Dalam podcast NoTapis kali ini, Pengurus Pemasaran Digital, Encik Melvin Choo dan Cik Berit Karlsen berkongsi pengalaman mereka mendalami bahasa Melayu.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Setelah lima tahun menjadi salah satu daripada personaliti trio OKLETSGO, Dyn Norahim kini ‘berpaling arah’ dan menubuhkan rancangan vodcast baru, Our Next Guest.
Dalam podcast ini, Dyn Norahim berkongsi harapannya untuk menjadi ‘suara agama’ menerusi jenama barunya, Soutudeen. Vodcast baru di bawah jenama Soutudeen ini akan memberi tumpuan kepada topik berkaitan agama yang dibincangkan bersama golongan asatizah, ulama serta selebriti dari Asia Tenggara.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
¿Faltan episodios?
-
Dalam podcast NoTapis kali ini, dua orang belia berkongsi kisah-kisah kuat tentang ketahanan menghadapi cabaran peribadi.Cik Aisha Shamsuddin, 24 tahun menceritakan perjalanan beliau dengan masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan dan kecemasan, sambil menjaga ibunya yang sedang berjuang melawan barah buah dada.
Sementara itu, Encik Mohammad Shakir Mohd, 26 tahun mengimbas pengalaman beliau mengalami strok semasa tahun kedua, yang membawa kepada pembedahan kecemasan dan pemulihan. Walaupun menghadapi halangan ini, beliau tetap berusaha untuk mengejar pengkhususan dalam Kejuruteraan Bahan dan Sains Nanoteknologi.
Bersama-sama, mereka menekankan pentingnya mencari sokongan, memecahkan stigma tentang kesihatan mental, dan membina komuniti yang memahami serta berdaya tahan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Sejak empat tahun lalu, Encik Mohammad Shaffiee Abdullah tinggalkan pekerjaannya di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan menjaga anak sulungnya yang mengalami autisme. Untuk terus menampung kos sara hidup keluarganya, beliau terpaksa ‘hustle demi hasil’.
Dalam podcast NoTapis kali ini, kami membincangkan bagaimana undang-undang baru pekerja platform boleh mempertingkat perlindungan dan perwakilan sewajarnya bagi golongan pekerja ini, sebagaimana yang dinikmati pekerja biasa hari ini bersama Encik Mohammad Shaffiee Abdullah dan Pengarah Divisyen Operasi dan Mobilisasi NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman.See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
“Saya rasa seperti dalam gempa bumi pada masa itu!”
Selepas diserang angin ahmar pada April 2024, pelawak, pelakon dan pengacara Suhaimi Yusof, kini mahu membantu meningkat kesedaran ramai berhubung penyakit itu.
Dalam podcast NoTapis kali ini, Suhaimi berkongsi pengalamannya menempuh tempoh sukar tersebut. Perunding Kanan, Jabatan Neurologi Institut Neurosains Kebangsaan, Dr Pang Yee Hau turut berkongsi cara mengenal pasti tanda serangan angin ahmar dan salah tanggapan mengenai penyakit itu sempena Hari Strok Sedunia pada 29 Oktober.See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Seumur hidupnya, beliau tidak pernah memiliki sebarang kewarganegaraan, meskipun telah menetap di Singapura sejak lahir. Namun, kini Encik Ricqo Rafiezuwan, 25 tahun, menerima berita bahawa ada harapan untuk beliau menjadi warga Singapura secara rasmi. Encik Ricqo merupakan antara 853 orang tanpa kewarganegaraan yang tinggal di Singapura pada 31 Dis 2023.
Dalam episod podcast NoTapis kali ini, Encik Ricqo berkongsi bagaimana beliau menjalani kehidupan di Singapura tanpa IC atau kad pengenalan serta usahanya cuba mendapatkan kewarganegaraan di sini.See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Sudah hampir empat dekad sejak Bulan Bahasa dimulakan dan pelbagai usaha dijalankan untuk terus menyemarakkan serta memupuk bahasa dan budaya kita dalam masyarakat. Tetapi sejauh mana keberkesanannya?
Dalam episod ini, Pengerusi Bulan Bahasa Encik Zulkarnain Abdul Rahim bersama dua orang beliau, Encik Encik Muhammad Farish Jasni, pelajar Politeknik Republik dan Cik Putri Nish, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat mengetengahkan pandangan mereka bagaimana Bulan Bahasa mampu terus mendekati masyarakat agar dapat melestarikan bahasa dan budaya Melayu di Singapura.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Setelah terjerumus dalam kanca dadah, Cik Anita Jangil tidak dapat hentikan ketagihannya meskipun semasa beliau hamil. Bila si ibu ambil dadah, apa yang jadi dengan anak-anaknya? Terutama sekali anak yang dalam kandungan?
Dengarkan perkongsiannya dalam episod kali ini. Pengurus Kes di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Dianah Ja’afar pula berkongsi cara terbaik untuk wanita bekas pesalah dadah boleh mendapatkan motivasi untuk berubah.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Adakah Geylang Serai mampu mengekalkan tarikannya untuk terus menjadi tempat istimewa bagi masyarakat Melayu dengan peredaran masa? Terutama sekali bagi golongan muda?
Dalam podcast ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Jalur Budaya Geylang Serai (GSCB) menjelaskan menyemarakkan lagi kawasan Geylang Serai.
Pada masa yang sama, Pengasas Sri Warisan Cik Som Said, Pengasas The Intan Peranakan Museum, Encik Alvin Yapp dan Pengerusi Kelana Purba, Encik Hydil Kwok turut berkongsi bagaimana program-program yang ditawarkan di kawasan itu dapat menarik semua lapisan masyarakat dengan cara inovatif.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
"Ustaz, saya alami tarikan sesama jenis, apa harus saya lakukan?"
Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Tarmizi Abdul Wahid, menjawab pertanyaan tersebut dalam episod tBH kali ini.
Beliau turut menjelaskan panduan agama yang diterbitkan Pergas berjudul "Tarikan Sesama Jenis daripada Perspektif Islam" bersama seorang lagi tetamu, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim, Eksekutif Kanan Pembangunan Kajian PergasSee omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Ditubuhkan pada 2014, kumpulan Voice of Baceprot (VOB) asal Indonesia, dianggotai oleh tiga rakan sekolah menengah menemui jalan untuk menyalurkan tenaga dalam bidang muzik, khususnya dalam genre ‘heavy metal’.
Dalam episod kali ini, anggota band VOB, Firda Marsya Kurnia, Euis Siti Aisyah, dan Widi Rahmawati berkongsi perjalanan mereka menjadi rockstar antarabangsa.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Kejayaan bagi anda, adakah ia sama dengan apa yang dianggap masyarakat sebagai kejayaan atau apa yang anda sendiri anggap sebagai kejayaan?
Dalam podcast NoTapis kali ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bersama pemuzik Cik Nabillah Jalal dan atlet boling, Encik Nu’man membincangkan definisi kejayaan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
“Muda-muda lagi dah ambil dadah”
Dalam episod No Tapis kali ini yang dihoskan pempengaruh Cik Pamela Lee Nur Shuhadah, Encik Muhammad Aqil Danish Helmi, Encik Danial Iskandar Azemani menceritakan pengalaman mereka terjebak dengan kancah dadah. Kaunselor Encik Shaikh Loqman pula berkongsi tips bagi ibu bapa cegah anak mereka dari terjebak.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Sebagai ibu tunggal sebelum ini, Cik Marlina Mohamed Yased pernah terpaksa menggunakan sabun untuk mencuci ayam yang rosak dan berlendir kerana tidak ada makanan lain di rumah beliau dan anak-anaknya. Untuk memastikan tiada jirannya yang terpaksa melalui pengalaman yang sama, beliau memulakan inisiatif ‘community fridge’ di flatnya di Lengkok Bahru yang menawarkan makanan percuma untuk keluarga yang memerlukan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Dalam episod khas sempena NDP, kami ajak influencer Pamela Lee Shuhada dan Sofia Arissa cuba sambung lagu NDP…mampu tak mampu?
Episod kali ini juga membincangkan tentang keunikan kita sebagai warga Singapura dan juga apa yang kita cukup hargai tentang tanah air kita.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Macam mana ibu bapa nak kenal pasti tanda anak-anak mereka menyalahguna dadah?
Dalam episod NoTapis kali ini, pekerja sosial daripada Khidmat Belia Alkin, Cik Farah Dina Nordin, serta Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Taufiq Abdul Azim, berbincang tentang tanda-tanda salah guna dadah dan cara untuk mempertingkat sokongan bagi belia.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Setiap orang mempunyai peranan untuk membina masyarakat yang prihatin dan inklusif. Antara mereka yang membantu untuk mengukuhkan kompak sosial adalah sukarelawan.
Awal tahun ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah menetapkan 2024 sebagai Tahun Meraikan Sukarelawan.
Dalam podcast NoTapis kali ini, sukarelawan Cik Nur Shahirah Abdullah dan Cik Sarinah Anang berkongsi dorongan menawar khidmat sebagai sukarelawan serta kepuasan yang diraih dari pengalaman tersebut.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Tirai temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik, akan dibuka di Paris pada 26 Julai hingga 11 Ogos. Kali ini, seramai 23 atlet daripada 11 sukan akan mewakili Singapura. Antaranya termasuk atlet lawan pedang Singapura, Kiria Tikanah.
Di sebalik kejayaan Kiria untuk layak bertanding di Sukan Olimpik, ada semangat dan sokongan berterusan keluarga tercinta.
Dalam episod ini, bapanya, Encik Abdul Rahman Ahmad, bersama penerbit-penyampai podcast No Tapis, Cik Natasha Mustafa, dan wartawan, Cik Zulaiqah Abdul Rahim, mengupas perjalanan dan cabaran membesarkan seorang atlet yang kini layak bertanding di Sukan Olimpik.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Dulu belajar usuluddin dan tafsir di Universiti Al-Azhar di Mesir, kini menyumbang sebagai wartawan.
Dalam episod No Tapis kali ini, kami mewawancara wartawan terbaru Berita Harian, Encik Mohd Hazman Abd Aziz. Meskipun merancang menjadi asatizah sebelum ini, beliau berkongsi begaimana beliau kini berbakti kepada masyarakat dengan cara yang berlainan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Mudahnya nak dapatkan dadah melalui media sosial dan pemaparan gaya hidup sensasi pengedar dadah antara sebab bagi sifat liberal sesetengah belia terhadap dadah.
Jadi, apa yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memastikan komunikasi terbuka dengan anak-anak dan mengenal pasti tanda awal anak-anak mereka sudah terjebak dengan dadah?
Dalam podcast NoTapis kali ini, pakar ketagihan daripada Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Nasirah Nasir dan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas) yang juga berkhidmat dalam Lembaga Anggota Pelawat, Perkhidmatan Penjara Singapura, Ustaz Tarmizi Wahid menyentuh tentang gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan peranan yang perlu dimainkan ibu bapa dalam menangani hal ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
- Mostrar más