Episodit
-
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran di kawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti di kalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit.
-
Melepaskan orang yang disayangi dan menerima bahawa mereka tiada lagi adalah sukar, tetapi bagaimana jika kerinduan untuk melihat mereka semula membuka hijab anda untuk melihat dunia paranormal. Adakah anda bersedia untuk melihat apa yang ada di alam ghaib?
-
Puuttuva jakso?
-
Jin merupakan sejenis makhluk halus yang dipercayai tercipta dari unsur api yang panas atau beracun, berbeza dengan malaikat yang dicipta dari cahaya. Selepas mendengar cerita ini, anda mungkin akan merasakan bahawa gangguan paranormal yang anda alami mungkin adalah satu pertembungan dengan jin.
-
Nenek Kebayan sering digambarkan sebagai seorang wanita tua yang agak mistik. Dia biasanya muncul sebagai seorang figur tua yang bongkok dengan tongkat. Peranannya dalam cerita rakyat bervariasi, tetapi dia sering menjadi figur yang dihormati dan ditakuti kerana pengetahuan dan kekuatan mistiknya.
-
Yang zahir di mata tidak semestinya sama dengan apa yang kita lihat. Selepas mendengarkan cerita ini, mungkin anda akan merasakan bahawa kadang-kala orang yang kita kenal itu sebenarnya tidak keseorangan, tetapi mempunyai sosok pendamping misteri.
-
Dom atau asrama sering dikaitkan dengan gangguan paranormal. Mungkin selepas mendengar cerita ini, anda akan mula memerhatikan perkara-perkara aneh ketika bersendirian anda mungkin tidak benar-benar bersendirian di dalam dom anda. .
-
Penunggu Pusaka sering kali dikaitkan dengan makhluk halus yang beada di sebuah kediaman. Ganguan makhluk halus ini dapat dirasai semasa beradi beseoarang di rumah dengan bunyuik yang aneh mengangu kenteteraman anda. Gangguan makhluk halus ini dapat dirasai bila berada sendirian di rumah, dengan bunyi yang aneh mengganggu ketenteraman anda.
-
Satay Gagak adalah sebuah mitost yang dipercayai oleh orang Asia Tenggara, di mana seseorang menjual hidangan aneh ini kepada makhluk dunia halus sebagai pertukaran untuk emas atau kekayaan.
-
Ramai tidak sedar kita sebenarnya berkongsi ruang dengan dunai paranormal . Kadang-kadang, apabila sesuatu ruang dibiarkan kosong untuk masa yang lama, ia akan diduduki oleh penduduk dari alam gaib. Mungkin selepas anda mendengar episod ini, ia boleh menimbulkan ketakutan apabila anda mendengar bunyi aneh di rumah anda.
-
Orang Minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri atau membuat onar. Ada pendapat mengatakan, Orang Minyak terhasil kerana pada awalnya dia tersalah menuntut menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan terpukau dan ditanda dengan pangkah pada mukanya selepas dinodai.
-
Mungkin tanpa anda sedar, anda kini sedang berkongsi ruang dengan sesuatu dari alam ghaib, bunyi-bunyian aneh dan kehadiran entiti yang menakutkan boleh dirasai di rumah anda. Berlaku kejadian-kejadian yang tidak dapat dijelaskan dengan logik akal. Selepas mendengar cerita ini, mungkin anda akan rasa tidak pernah keseorangan lagi.
-
Sesetengah tempat mempunyai tempat istimewa dalam dunia paranormal, seperti Pekan Gurney di mana kegelapan mungkin menyembunyikan misteri yang menakutkan, dan roh-roh yang terlepas dari alamnya mungkin berkeliaran di malam yang sunyi
-
Pernahkah anda merasai ketakutan ketika memandu seorang diri di malam hari? aplikasi telefon boleh mengkaburi mata, peta menghala anda ke destinasi yang tak dikenal. Mungkin selepas mendengar kisah ini anda akan periksa dua kali aplikasi anda ketika memandu di malam hari.
-
Terdapat sebuah kisah mistik yang telah tersebar tentang batu nisan yang berpindah dari kuburannya. Teror ini bukan sekadar cerita rekaan, tetapi pengalaman sebenar. Kubur arwah tersayang disembunyikan dari pandangan kita oleh iblis dan setan.
-
Dalam mitos lama masyarakat Iban, buaya jelmaan itu disangka adalah wujudnya pahlawan bernama Simalungu. Kecemerlangan Simalungun dikaitkan dengan ilmu kebal yang dimiliki, menjadikan badannya tidak mampu ditembus oleh senjata mana pun. Pada tahun 1980-an, kepercayaan segelintir penduduk Iban mengetengahkan legenda buaya raksasa 'Bujang Senang', yang kononnya berasal daripada Simalungu yang terkena sumpahan, diubah menjadi haiwan tersebut.
-
Kisah - kisah Seram Di Bukit Putus agak gempar dan menyeramkan. Ramai pengguna jalan raya menceritakan pengalaman paranormal yang mencatatkan wanita cantik dan keluarga tanpa kepala yang dikatakan menjadi mangsa kemalangan di kawasan Bukit Putus. Selepas mendengar episod ini, anda mungkin akan berfikir dua kali sebelum melalui kawasan tersebut .
-
Amanda Tan berkongsi pengalaman paranormal yang aneh semasa lawatannya ke China semasa remajanya di mana dia berdepan dengan sebuah lembaga hitam yang misterius yang seolah-olah berada di bayangan, memerhatikan setiap langkahnya.
-
Jin Dasim adalah jin atau syaitan yang suka memecah belah rumah tangga, mereka akan menghasut suami isteri untuk bergaduh. Hati-hati jika anda dan pasangan kerap bergaduh tanpa sebab dan selalu rasa nak marah saja.
-
Istilah 'menyelam' ketika mencari pakaian atau pelbagai barangan terpakai atau lebih popular disebut 'bundle' memang tidak asing lagi dalam kalangan penggemarnya. Barangan terpakai mungkin mempunyai ikatan dengan roh yang telah meninggal dan pemilik baru mungkin akan mengalami kesannya.
-
Ouija juga dikenal sebagai papan roh atau papan bicara, adalah papan datar yang ditandai dengan huruf alfabet, angka 0–9, kata "ya" , "tidak", kadang-kadang "halo" dan "selamat tinggal", bersama dengan berbagai simbol dan grafik. Di mana huruf dan angka bercerita, dan jawapan 'ya' dan 'tidak' dapat mengundang ketakutan.
- Näytä enemmän