Episodes
-
Afiq atau Joyy, seorang warganegara Malaysia bekerja di Singapura selama 10 tahun. Sambil bekerja beliau muatnaikkan content di TikTok dan mempunyai ribuan penyokong. Kemudian semasa beliau menghadapi kesusahan yang teramat sangat, beliau berusaha berniaga dan penyokongnya dari Singapura yang banyak membantu. Dengarkan cerita Joyy dan bagaimana beliau membina syarikatnnya Joyy Colony Empire.
Episod kali ini juga penuh dengan nasihat bagi mereka yang teringin bekerja dan mencari rezeki di Singapura.Support the show
-
Sudah lama dia tak menampilkan diri di kaca TV. Den mengongsi bagaimana dia mula berlakon dan pengalamannya dapat peluang bekerja dengan Datuk Yusof Haslam. Dalam episode Diari Ayah kali ini, kami mengenali lebih lanjut lagi Den Sabari seorang yang kenal erti ‘survival’ dalam hidup dan bagaimana beliau berhijrah daripada seorang pelakon menjadi seorang usahawan. Seorang ayah dan suami kepada hos terkenal Huda Ali yang sentiasa berusaha demi keluarga.
Support the show
-
Episodes manquant?
-
Shahz Jaszle, seorang pelakon dan usahawan dari Malaysia, mengupas tentang apa yang memberinya motivasi untuk terus mengembang sayapnya dan capai cita-citanya. Shahz juga mengongsi nasihat dan mengenang detik detik bersama arwah ayahnya yang telah membentuknya untuk menjadi siapa dirinya sekarang.
Support the show
-
Hairul, seorang ayah bekas banduan menceritakan pengalaman hidupnya keluar-masuk penjara sejak umur 14 tahun. Dengan niat untuk berubah, Hairul telah membuat beberapa penyesuaian dalam hidupnya untuk balik ke pangkal jalan. Semangat dan sifat tak berputus asa disokong followers di media sosial.
Support the show
-
Hati-hati bila memilih bulatan kecil (inner circle) kita. Bagaimana pilih Inner Circle kita dan yang paling penting sekali cara kita kecilkannya? Apa ukurannya? Podcast ini membantu membuat penilaian.
Support the show
-
Dalam episod Diari Ayah kali ini, kami kupas perjalanan drummer lovehunters, Saharudin Jalil sepanjang kerjayanya. Kita juga ketahui bagaimana beliau membesarkan anak-anak hingga ke universiti dan cara dia mengelak unsur-unsur yang tidak baik yang wujud dalam industri muzik.
Support the show
-
Selama 6 tahun 'Sofia', bukan nama sebenar, tidak dapat tidur dengan suaminya atas penderaan yang beliau lalui. Apakah tanda pasangan yang 'abusive' ini. Bolehkah kita kenalpasti sebelum berumahtangga? Dengarkan pengalaman Sofia.
Jika anda hadapi keganasan keluarga atau kenal sesiapa yang melaluinya hubungi Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional 1800-777-0000 atau pihak polis.Support the show
-
Diari Ayah : Dato' Sri Aliff Syukri yang dirakam di Singapore Expo semasa Gegar Fest. terima kasih Eventify kerana bantu aturkan temuramah ini
Support the show
-
Saya belajar banyak perkara tentang perniagaan F&B daripada Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, pemilik The Malayan Council. Nama restoran yang tidak asing lagi di Singapura.
Bagaimana Hafiz menjaga restorannya hari ini dan bangun dari kegagalan bila bermula berniaga dahulu.Support the show
-
Diari Ayah Plus bertemu Sheikh Alwie Sheikh Ali yang mempunyai 5 orang anak dan semua merupakan peniaga. Mari kita dengar pengalamannya membesarkan anak2 menjadi usahawan apa yang boleh kita pelajari.
Support the show
-
Fadil banyak lalui cabaran hidup. Bercerai, kemudian seorang daripada anaknya meninggal. Namun bagaimana beliau bertahan dan kini menerima hadiah Umrah daripada insan yang budiman.
Support the show
-
Saya bertemu dengan lagenda komedi Ahmad Stokin yang berkongsi tentang kerjayanya dalam persada komedi tempatan. Dia juga berkongsi sedikit fakta tentang kehidupannya dan pengalamannya sebagai tukang paip.
Follow Diari Ayah di Spotify & tiktokDiari Ayah ini terbitan ScreenBox Pte Ltd dengan sokongan KedaiSujimy.com dan sujimy.com
Support the show
-
Bagaimana saya dapat undangan naik Haji daripada kedutaan Arab Saudi. Bagaimana persiapan saya walau ada 4 hari saja sebelum berangkat. Berapa harga Haji DIY (buat sendiri) dan perkara-perkara yang kami lalui serta pelajari ... inilah perjalanan Haji saya dan anak sulung saya, Qistina, yang sukar dilupakan. Syukur Ya Allah.
Anda boleh sokong podcast saya dengan like and follow & jangan lupa sokong kedaisujimy.com Saya sangat2 hargai.Support the show
-
Saya sempat bertemu Fuad Rahman dan bertanyakan perjalanan Gegar Vaganzanya dan perasaan bertemu anak sendiri setelah sekian lama tidak bertemu mereka.
Fuad juga mengongsi sejarahnya bersama arwah ayahnya serta bagaimana ibunya bantu beliau mengecap hidup baru diluar penjara. Anda juga boleh dengar Fuad mengaji dalam podcast ini.
https://www.instagram.com/sujimymohamad/
Video version on my youtube & FacebookSupport the show
-
Pemilik SELERA RASA NASI LEMAK & Pengasas Bersama CRAVE NASI LEMAK, Dr Abdul Malik Hassan mengembangkan perniagaan nasi lemak CRAVE ke 48 cawangan serata Singapura dalam beberapa tahun sahaja. Sangat menarik mendengar cara beliau mendapat restu ibu bapa dalam perniagaannya.
Beliau banyak nasihat kepada semua peniaga, lebih-lebih lagi yang ingin buka perniagaan makanan dan sudi memberikan formula kejayaan.
Follow Dr Abdul Malik Hassan di instagramnya
Follow Diari Ayah di Spotify & tiktok
Diari Ayah ini terbitan ScreenBox Pte Ltd dengan sokongan KedaiSujimy.com dan sujimy.comSupport the show
-
Sempena hari bapa, saya bawakan sebuah lagi episod Diari Ayah, kali ini bersama lagenda bola sepak tempatan Fandi Ahmad.
Beliau menceritakan perjalanan hidupnya dan buku biografi terbarunya yang bertajuk “Honour & Sacrifice”
Terbitan ScreenBox Pte Ltd #diariayah #podcast
www.sujimy.com
www.screenbox.com
www.kedaisujimy.comSupport the show
-
Saya bertemu Mohamad Hussin Bin Said, Pemilik Mangobossku Last Warning untuk merakam perjalanan hidupnya yang boleh menjadi tauladan. Seorang yang ditinggalkan ayahnya sejak kecil, main baju kemudian menjadi seorang peniaga yang tidak mengenal penat dan maju.
Inilah DiarinyaManggobossku di The Grandstand, 200 Turf Club Rd. Singapore.
www.kedaisujimy.com
www.sujimy.comSupport the show
-
Yang berpengaruh boleh mempengaruh, namun jangan terpengaruh. - Datuk Ramli Sarip
Perjalanan 50 tahun yang penuh pengajaran & inspirasi. Terlalu banyak pengajaran yang saya dapat bila berpodcast dengan Datuk Ramli Sarip. Datuk juga secara spontan main guitar dan nyanyi dalam podcast ini! Enjoy semua!
Podcast ini dirakam sebelum album Rasa dilancarkan. Namun album baru Datuk Ramli sudah di pasaran dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh ke IG @ramlisaripofficial
Support the show
-
Perubahan Aliff Aziz sangat ketara. Saya sempat terbitkan sebuah podcast bersama Aliff secara remote untuk memahami isihatinya dalam banyak perkara.
www.kedaisujimy.com
www.sujimy.com
My InstagramSupport the show
-
Diari Ayah Plus bertemu Muhammad Rizlan dan beliau mengongsi pengalamannya menjadi seorang bapa titipan. Bagaimanakah sebuah keluarga menyesuaikan diri mereka menjaga anak-anak titipan? Dengarkan perkongisan Muhammad Rizlan dalam episod Diari Ayah Plus kali ini.
Bagi mereka yang sudah berniat mengambil anak-anak titipan, anda boleh lungsuri www.msf.gov.sg/fostering untuk maklumat lanjut.Support the show
- Montre plus