Episodes
-
Audio Siar Keluar Sekejap episod 137 yang merupakan episod terahir bagi tahun 2024 antara lain membincangkan mengenai ura-ura kemasukan Tengku Zafrul Aziz ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pelantikan Tun Musa Aman sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Episod ini turut membincangkan mengenai penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dan pelancaran Panduan Belanjawanku 2024/2025 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dalam segmen terakhir, kedua-dua hos membuat refleksi perjalanan Keluar Sekejap sepanjang tahun 2024.
Episod 137 ini dibawakan oleh GK Bio International. Dapatkan GKB Eurycozin, satu-satunya formulasi Bio-optimised 3Plus dengan Tongkat Ali (ekstrak herba tradisional); L-Arginine & L-Carnitine (asid amino) serta Zinc Yeast (mineral) untuk meningkatkan tenaga dan keharmonian keluarga. GKB Eurycozin mendapat kelulusan KKM dan disahkan halal oleh JAKIM.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di [email protected].
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 136 antaranya membincangkan jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat semalam serta sidang media Tun Mahathir tentang dapatan RCI Pulau Batu Puteh.
Keluar Sekejap turut mengulas tentang pindaan RUU Komunikasi dan Multimedia 2024 yang telah diluluskan, cukai taksiran PBT Selangor yang telah dinaikkan dan skandal rasuah Sabah yang hangat dibincangkan oleh orang ramai.
Dalam segment antarabangsa, Keluar Sekejap menyentuh tentang darurat tentera yang berlaku di Korea Selatan dan rejim Assad tumbang selepas hampir lima dekad berkuasa.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di [email protected].
-
Episodes manquant?
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 135 bersiaran luar di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bersempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 membincangkan isu serta dasar-dasar berhubung mobiliti di Malaysia antaranya pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), cadangan e-hailing motosikal dan isu kemalangan jalan raya.
Dalam segmen isu-isu semasa, Keluar Sekejap menyentuh berkenaan pendakwaan ke atas pengasas FashionValet berhubung dana pelaburan Khazanah dan PNB, afidavit Dato’ Nizar Najib berkenaan titah addendum tahanan rumah bapa beliau serta syor Suruhanjaya Siasata Diraja (RCI) Batu Puteh untuk mengambil tindakan jenayah ke atas Tun Mahathir.
Keluar Sekejap juga turut mengulas berkenaan kenyataan Presiden UMNO yang terbuka menerima bekas pemimpin UMNO untuk kembali menyertai parti tersebut.
Setiap pengunjung KLIMS 2024 yang berlangsung di MITEC sehingga 11 Disember 2024 berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya sebuah Toyota Yaris atau Perodua Axia dengan setiap pembelian tiket masuk berharga RM25.00. Selain itu, pengunjung juga boleh memenangi kad Touch n Go edisi khas KLIMS 2024 dengan memuat naik gambar di Instagram atau Facebook*.
*tertakluk kepada terma dan syarat
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di [email protected].
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 134 antaranya membincangkan RUU Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang bakal dibentangkan di Parlimen pada bulan ini dan RUU Pekerja Gig yang ditangguhkan kerana perlu ditingkatkan sesi libat urus.
Keluar Sekejap juga mengulas tentang kenyataan Dato’ Seri Zahid yang menyatakan ada pihak yang menawarkan BN untuk membentuk kerajaan baharu sekaligus menjadi Perdana Menteri serta analisis agihan kerusi BN-PH menuju PRU16.
Keluar Sekejap juga menyentuh tentang isu Bestinet yang dilanjutkan kontrak oleh kerajaan, isu papan tanda Bahasa Malaysia yang telah menjadi hangat diperbualkan dan kenaikan premium insurans sehingga 70 peratus.
Artikel yang dirujuk KJ: https://codeblue.galencentre.org/2024/08/liam-ceo-stunned-by-13-page-hospital-bill-for-rm19000-minor-hernia-surgery/
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 133 antaranya membincangkan gred ‘D’ yang diberikan oleh Bersih kepada Kerajaan Madani sepanjang dua tahun mentadbir negara serta isu lawatan Perdana Menteri yang dikatakan 70%-80% ditanggung oleh syarikat-syarikat swasta.
Keluar Sekejap juga mengulas tentang transformasi LTAT yang terbantut akibat pemberhentian pelan penstrukturan semula seperti dilaporkan oleh PAC dan 620,000 rakyat Malaysia yang bakal hilang kerja seperti dilaporkan TalentCorp.
Keluar Sekejap juga menyentuh tentang arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang memerlukan jururawat bekerja tambahan tiga jam seminggu serta ‘Super App’ yang hendak dibangunkan oleh MOH untuk perkhidmatan kesihatan.
Episod 133 Keluar Sekejap ini ditaja oleh foodpanda. Dapatkan diskaun RM10 dengan memasukkan kod 'SYOK10' apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda*. *tertakluk kepada terma dan syarat
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 132 memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 13 November yang lalu.Dalam episod ini, Keluar Sekejap membincangkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancaranya yang disiarkan baru-baru ini bersama Richard Quest dan pendirian Malaysia terhadap Israel.Selain itu, Keluar Sekejap turut menyentuh mengenai cadangan PTPTN untuk menghentikan pembiayaan kepada kursus universiti dengan kadar pembayaran balik kurang daripada 30%, cadangan Kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta video Datuk Seri Ahmad Maslan yang tular berhubung titah adendum tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.Episod 131 Keluar Sekejap ini ditaja oleh foodpanda. Dapatkan diskaun RM10 dengan memasukkan kod 'SYOK10' apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda*.*tertakluk kepada terma dan syaratBagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 131 bersama tetamu khas YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang antaranya membincangkan perjalanan dan perjuangan politik haluan kiri serta kritikan-kritikan terbuka beliau melalui penulisan.
Episod ini juga menyentuh tentang prinsip Kerajaan Madani terhadap beberapa isu seperti pemilihan U Mobile bagi pelaksanaan rangkaian kedua 5G serta peruntukan kepada semua Ahli Parlimen.
Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas tentang pemilihan Presiden AS pada Rabu lepas yang telah dimenangi oleh Donald Trump.
Episod 131 Keluar Sekejap ini ditaja oleh foodpanda. Dapatkan diskaun RM7 dengan memasukkan kod 'JIMAT' apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda*.
*tertakluk kepada terma dan syarat serta restoran terpilih sahaja
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 130 membincangkan secara terperinci kerugian pelaburan yang dialami Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Episod ini juga menyentuh berkenaan skandal kartel dalam melibatkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
Isu-isu lain yang turut menjadi perhatian dalam episod ini adalah berkenaan pemilihan U Mobile bagi pelaksanaan rangkaian kedua 5G serta kejadian buli terbaru di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melibatian pegawai kadet ditekap seterika panas.
Episod 130 Keluar Sekejap ini ditaja oleh foodpanda.
Dapatkan diskaun RM7 dengan memasukkan kod 'JIMAT' apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda.
*tertakluk kepada terma dan syarat serta restoran terpilih sahaja.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 129 antaranya membincangkan tentang permohonan maaf secara terbuka Datuk Seri Najib Razak kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Keluar Sekejap juga mengulas tentang isu bendera China yang berkibaran sempena sambutan Guan Gong Sedunia di sekitar negara.Bagi segment antarabangsa, Keluar Sekejap menyentuh jangkaan Presiden baru AS yang bakal dipilih pada 5 November.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 128 menyentuh berkenaan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 18 Oktober 2024 yang lalu.Keluar Sekejap juga sepintas lalu membincangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan Dewan Rakyat pada minggu lalu berhubung kewarganegaraan serta isu antarabangsa iaitu pelantikan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia yang baharu serta syahidnya Yahya Sinwar di Gaza, Palestin.Episod ini dibawakan oleh Swipey."Swipey is revolutionising financial management for SMEs across Southeast Asia. At Swipey, we provide an all-in-one finance operating system that streamlines expense management, simplifies invoice payments, and offers real-time insights into spending. Our solution is designed to help businesses stay on top of their finances with features like unlimited Visa corporate cards, budget controls, and seamless integrations with accounting platforms."Social Media Link Facebook: https://www.facebook.com/Swipey.co/LinkedIn: https://my.linkedin.com/company/swipey-coTikTok: https://www.tiktok.com/@swipey.coBagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 127 antaranya membincangkan Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan serta Lawatan Pelatih Tentera Laut China.
Keluar Sekejap juga mengulas tentang RUU Mufti yang bakal dibentang pada sidang parlimen kali ini serta kajian pinjaman perumahan jangka masa panjang yang dikatakan oleh Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Keluar Sekejap turut menyentuh tentang Pemangku Sultan Johor, Tunku Makhota Ismail yang memperkenan cuti hujung minggu Johor ditukar Sabtu dan Ahad pada tahun depan.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 126 yang menampilkan tetamu khas Dr. Maza, Mufti Perlis antaranya membincangkan dengan lebih mendalam tentang isu yang telah menjadi perbualan ramai iaitu GISB.
Keluar Sekejap juga mengulas tentang bahaya kultus dan bahana taksub serta politik kepartian yang mempunyai latar belakang Islam.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 125 bersama-sama Dr. Ong Kian Ming membincangkan secara mendalam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.29 Mahkota, Johor serta kesannya kepada situasi politik negara selepas ini.
Episod ini turut menyentuh mengenai subsidi pendidikan serta isu yang sedang hangat dibincangkan oleh orang ramai iaitu waktu daftar masuk-keluar hotel.
Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap turut mengulas isu serangan Israel ke atas Lubnan yang telah mengorbankan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 124 antaranya membincangkan Himpunan Keadilan : Suara Rakyat Suara Keramat yang dianjurkan bagi memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun serta Muktamar Tahunan PAS Ke-70 yang berlangsung minggu lepas.
Episod ini turut menyentuh berkenaan pemilihan Bersatu yang bakal berlangsung bulan hadapan serta keputusan pemilihan DAP Pulau Pinang yang telah mengangkat Steven Sim sebagai Pengerusi Pulau Pinang yang baharu.
Keluar Sekejap juga membincangkan PRK Makhota yang sedang berlangsung memasuki minggu kedua berkempen serta Pengumuman Pakej Insentif Cukai Zon Kewangan Khas Forest City yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 20 September yang lepas.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 123 bersempena Hari Malaysia membawakan tetamu khas YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Apdal, mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Malaysia membincangkan tentang kedudukan Sabah dalam Malaysia serta perkembangan perkara yang terdapat dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Episod ini turut menyentuh berkenaan isu kewarganegaraan yang telah membelenggu Sabah sejak sekian lama serta perkembangan awal Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung dalam tempoh masa setahun.
Keluar Sekejap juga membincangkan tentang perancangan Parti Warisan serta masa hadapan perjalanan politik YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Apdal.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 122 antaranya membincangkan penghalaan sistem nama domain (DNS) yang ingin dikuatkuasakan oleh MCMC dan kewajipan pensijilan halal yang sedang dikaji oleh JAKIM.
Keluar Sekejap juga menyentuh strategi geopolitik PMX, Anwar Ibrahim susulan lawatan ke Rusia baru-baru ini.
Rujukan :
https://www.economist.com/asia/2024/08/29/why-does-the-west-back-the-wrong-asian-leaders
https://www.scmp.com/week-asia/economics/article/3276605/malaysias-china-plus-one-gold-rush-stumbles-over-us-tariff-threat?module=top_story&pgtype=section
Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Viu yang telah menaja episod kali ini.
Viu, sebuah perkhidmatan penstriman video over-the-top (OTT) membawakan kandungan dan hiburan Asia terbaik termasuk drama, filem and program gaya hidup. Nikmati siri terbaru Viu Original The Secret setiap Khamis hanya di Viu. Tebus kod: KSSECRET sebelum 15 October di laman web / mobile web browser www.viu.com untuk dapatkan akses 30 hari percuma.
Ikuti viu di
Facebook : https://www.facebook.com/ViuMalaysia?mibextid=LQQJ4d
Instagram : https://www.instagram.com/viumalaysia?igsh=NzZhdXExeG5qeGhh
Youtube : https://youtube.com/@viumalaysia?si=qGVMM5SvNsy9aDPR
X : https://x.com/viu_my?s=21&t=SZk0EUfxxKqTZWrHYJdi6w
Tiktok : https://www.tiktok.com/@viu.malaysia?_t=8pb7W52LRM8&_r=1
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 121 antaranya membincangkan tentang kejadian ‘Sinkhole’ di Masjid India, Kuala Lumpur serta Malaysia Airlines yang sedang mengalami masalah operasi.
Keluar Sekejap juga mengulas tentang surat terbuka Asia Internet Coalition yang menggesa kerajaan membatalkan rancangan lesen media sosial.
Keluar Sekejap turut menyentuh tentang Amazon Web Services (AWS) yang mengumumkan pelaburan besar sebanyak AS$6.2 bilion (RM29. 2 bilion) di Malaysia sehingga 2038 sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya.
Laporan zon risiko "sinkhole" di Kuala Lumpur: https://www.sinardaily.my/ampArticle/220955
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Episod 120 Keluar Sekejap bersama tetamu jemputan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9 menyentuh topik-topik menarik antaranya pengalaman serta pencapaian beliau sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh genting ketika negara berhadapan krisis kesihatan, ekonomi dan politik.Dato' Sri Ismail Sabri yang hanya merupakan Naib Presiden UMNO ketika menjawat jawatan Perdana Menteri turut berkongsikan cabaran yang dihadapi beliau termasuklah penentangan daripada kepimpinan parti UMNO sendiri.Jom sertai Larian Keluarga Malaysia pada 29 September ini di Persiaran Flora, Cyberjaya. Program itu terbahagi kepada tiga larian iaitu ‘fun run 5km’ (RM39), ‘race 10km’ (RM59) dan ‘half marathon 21km’ (RM79) yang dipecahkan kepada kategori lelaki, wanita, lelaki veteran serta wanita veteran. Selain hadiah antara RM200 hingga RM800 bagi larian 10km dan 21km, penganjur turut menyediakan cabutan bertuah yang hadiah utamanya sebuah kereta sumbangan Perodua.Boleh daftar di http://www.ticket2u.com sekarang dan anda boleh dapatkan diskaun 10% menggunakan promo code KS10.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Episod Khas Keluar Sekejap dikendalikan dalam Bahasa Inggeris adalah bersempena MSA Festival and Awards 2024 yang membincangkan tema Meneroka Masa Depan Komunikasi Media: Trend dan Cabaran (Navigating the Future of Media Communication : Trends and Challenges).Dalam episod khas ini, topik yang turut dibincangkan adalah lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India serta perkembangan kemelut undang-undang pilihan raya di Indonesia.Episod khas ini dibawakan oleh Media Specialist Association (MSA).Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
-
Audio Keluar Sekejap Episod 119 antaranya membincangkan keputusan PRK Dun Nenggiri yang dimenangi oleh Barisan Nasional pada Sabtu lepas dan Istana Pahang murka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kempen di Dun Nenggiri.
Keluar Sekejap juga membincangkan tentang pelantikan KSN & Datuk Bandar KL yang baru serta pelarasan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji progresif.
Keluar Sekejap turut menyentuh tentang keputusan Kerajaan Madani membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini dan situasi semasa politik di Thailand.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
- Montre plus