Episoder
-
Legasi terbesar yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW ialah solat. Solat yang memberikan kerehatan batin, mencegah diri daripada perkara keji dan mungkar. Solat adalah titik mula sebuah perubahan.
-
Lafaz-lafaz zikir yang dipesankan oleh Nabi Ibrahim AS membawa ketenangan di dalam mengharungi ribut kehidupan di dunia.
Membawa kenikmatan abadi di dalam syugra, berupa pohon-pohon subur yang rendang. -
Mangler du episoder?
-
Allah SWT menyiapkan bagi hamba-hambaNya yang soleh kenikmatan syurga.
Nikmat yang tidak pernah dilihat mata.
Nikmat yang tidak pernah didengar oleh telinga.
Nikmat yang tidak pernah terlintas di dalam hati dan fikiran manusia.
Semuanya tersedia untuk hambaNya yang soleh dan solehah. -
Hari Arafah adalah hari terbaik sepanjang tahun. Sebaik-baik hari untuk berdoa.
Para jemaah haji daripada pelbagai warna kulit, bahasa, keturunan dan etnik berhimpun di padang Arafah mengesakan Allah SWT, meraikan legasi Nabi Ibrahim AS.
Tiada ikatan yang lebih kuat daripada ikatan kalimah tauhid, la ilaha illah yang menyatukan kita, umat Nabi Muhammad SAW. -
Semua Nabi yang diutuskan selepas Nabi Ibrahim AS adalah daripada anak keturunannya, sehingga Baginda digelar sebagai Abul Anbiya’, Bapa Para Nabi.Penting untuk ditegaskan, kita sering bicara soal tanggungjawab anak-anak kepada ayah dan ibu, jangan derhaka kepada ayah dan ibu. Ya betul, soal menjaga akhlak dan hubungan dengan kedua orang tua ini amatlah penting. Malah tuntutan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tuntutan terpenting selepas tuntutan menjaga hubungan dengan Allah SWT. Namun jangan kita lupa, ibu bapa juga mempunyai tanggung jawab terhadap anak. Ramai yang mengabaikan tanggungjawab dan menderhakai anak-anak mereka.
-
Melalui kesukaran dan ujian dalam hidup ini kebanyakkan masa buat kita rasa seolah-olah kita keseorangan.Terasa seperti tiada sesiapa yang betul-betul faham apa yang kita sedang rasa dan lalui, walaupun ramai yang mungkin berkata “aku faham apa yang kau rasa.” Tidak, kita tahu mereka tidak faham.Tetapi itu tidak berlaku kepada Allah. Allah maha mendengar dan mengetahui.Setiap keperitan atau halangan hidup yang sedang kita hadapi, Allah tahu perasaan kita, Allah tahu ketakutan kita, Allah janji akan memberikan petunjuk kepada hati kita semua menempuh gelora ujian hidup, hanya sahaja dengan satu syarat, mantapkan keimanan
-
Dunia adalah medan ujian. Mustahil di dunia ini ada orang yang tidak akan diuji.Ketika diuji, kita sering tertanya, “Kenapa aku? Apa salah aku? Aku tak buat jahat pada orang, kenapa berat sangat aku diuji?”Kita perlu sedar bahawa yang diuji itu adalah keimanan kita kepada Allah dalam pelbagai aspek.Allah nak tengok, siapa yang redha dan siapa yang marah kepada ketentuan dan ujian Allah SWT.Apabila Allah sayang, Allah uji. Semakin redha kita di atas ujian Allah, semakin besar pahala yang diraih diSisiNya.
-
Role model merupakan salah satu building-blocks dalam membina kehidupan.
Apabila kita melalui pelbagai fasa dalam hidup, waktu susah, waktu senang, waktu bingung, waktu keliru, kita secara fitrah akan mencari role model. Psychology disebalik mencari dan ikut role model itu, kita nak rasa boleh relate dengan dia, kita rasa kita ada persamaan dalam journey yang kita lalui.
Hanya dua insan yang disebutkan sebagai Uswatun Hasanah di dalam Al Quran; mari telusuri sama-sama. -
Di kala jiwa merasa duka, kita pasti dahagakan belaian & pujukan dari yang terpercaya.Tepat pada masanya, kehadiran sosok yang istimewa, terbukanya ruang dan momen khusus untuk mengadu serta berdampingan dengan seseorang yang mengerti masalah kita, merupakan antara nikmat dan sumber kekuatan yang tiada tolok-bandingnya dalam mendepani cabaran kehidupan.
-
Di titik paling bawah, titik kemustahilan dalam lanskap pancaroba kehidupan, agama satu-satunya yang dapat merubah kisah derita menjadi legasi inspirasi.
-
Mendengar dari Nabi Ibrahim, ada pesan-pesan agong yang dekat dengan
jiwa dan khusus sebagai panduan kita semua bersama!
Seperti Rasulullah, kita juga tidak hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim.
Namun, menghayati legasinya dan mendekati setiap momen serta kalimahnya
pada pertemuan penuh barokah ini, kita akan dapat menemui kekuatan bagi
meneruskan perjalanan.
Bukankah ini yang kita semua cari?
Dari siri ini, moga kita dapat merasakan apa yang Rasulullah SAW rasakan
ketika beliau menyebut “Aku ternampak Nabi Ibrahim...dan akulah yang
paling serupa dengannya.”
Selamat datang ke siri audio terbaru HijrahEd : LEGASI