Bölümler
-
Dengan kerjasama Ustaz Jazair & Ustaz Najib dari Masjid Kampung Siglap.
“Bila nampak kemungkaran zaman now ni, makin susah nk tegur. Nk cakap salah tk cakap pun salah”
Di dalam episode ini, kami membincangkan tentang garispanduan untuk menegur dan cara yang tebaik & hikmah dalam menyampaikan ilmu.
-
Eksik bölüm mü var?
-
Dengan kerjasama Ustaz Jazair & Ustaz Najib dari Masjid Kampung Siglap.
“Bila semua orang da senang nak pakai A.I or Chatgpt etc, masih relevant lagi ke nak gi belajar kelas agama?”
Di dalam episode ini, kami membincangkan tentang kepentingan didikan agama berguru dan kekal kan adab2 menuntut ilmu berpandukan tradisi Ulama’ terdahulu.
-
Sebagai ibu ayah, pastinya tidak mudah untuk berbicara tentang issue pergolakkan di Bumi Palestine kepada anak2 kita.Pada episode kali ini, kita kongsikan beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mulakan perbualan dengan anak2. In shaa Allah. Episode kali ini adalah kolaborasi bersama “The Ladies Minaret”.Semoga Podcast ini memberikan pencerahan agama, bermanfaat dan mendidik jiwa.
-
Dunia dihebohkan dengan pergolakkan yang berlaku di Timur Tengah.
Kami terpanggil untuk melalukan refleksi atas ujian yg besar ini dan juga bagaimana kita masih boleh membantu saudara-saudara kita yang terjejas sebagai Muslim di Singapura ❤️
Podcast ini adalah kolabirasi bersama Masjid Kampung Siglap. Ayuh ke sambutan Maulid Nabi SAW pada 4 Nov 6:30pm-10pm di Masjid Kampung Siglap yang dibimbing oleh Ustaz TM Fouzy dan kumpulam Qasidah MHDS.
Semoga Podcast ini Memberikan Pencerahan Agama, Bermanfaat dan Mendidik Jiwa.
-
Di dalam dunia yang semakin mencabar, si anak terhimpit diantara memenuhi keperluan keluarga dan ibu bapa. Data menunjukkan pada masa hadapan nanti, akan ada ramai penduduk orang tua di SG ini. Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, si anak perlu bekerja siang hari demi mencari sesuap rezeki untuk anak dan isteri. Maka bagaimana pula sekiranya mereka ada ibu ayah mereka yang perlu mereka berikan perhatian juga? Apakah jalan yang terbaik didalam memastikan perkara golongan ini dipelihara?
Adakah wajar anak2 menghantarkan ibu bapa mereka di pusat penjagaan orang tua (Nursing Home/Elderly Day Care Center)
-
Bernikah lagi satu...satu isu besar yang sedang hebat diperbualkan oleh masyarakat. Bagaimana nak lihat isu ini? Bagaimana suami-isteri dapat pelajari daripada saga ini?
-
Selamat datang tahun 2023!
Episod yang pertama pada 2023 ini kami bincangkan mengenai First Day of School (FDOS). Apakah amalan dan jangkaan yang harus diletakkan oleh ibu bapa kepada anak mereka? Imbas kembali sikit2 kisah sekolah kami.
-
Cuti sekolah sudahpun bermula...dengar2 ada yang dah start nak travel hujung minggu ni..?
baik kita ulangkaji tentang adab bermusafir..semoga pelayaran kita diberkati...
-
Apa hukum orang Islam yang hadir dalam perayaan Halloween?
-
Kami bersembang mengenai:
- Orang menggelabah bila whatsapp server down
- Gen Z sekarang tak suka bebual kat phone. Lebih prefer whatsapp, itupun bila perlu.
- podcast kami dah masuk tahun-3!
-
FULL SONG "Selawat Mash-Up" by The White Songkoks.
Ustaz Nazeeh, Ustaz Raja Lutfilhadi, Ustaz Izaan & Ustaz Zuhayl.
Feat. Hazim @The HAS Buskers
Composer & Producer: Amir Mansor @Amirmansorstudio.
-
- Kami dapatkan laporan langsung daripada sahabat kami Ustaz Lutfi yang berada di Kundasang, Sabah.
- Sedikit maklumat mengenai acara Maulid Gempaq! yang berlangsung Sabtu 8 Oktober 2022.
-
Kami mengupas mengenai hukum melakukan hubungan sesama jenis dalam Islam.
Adakah hukum kekal atau boleh berubah?
-
...dan apa yang perlu masyarakat tahu
-
- Skit 'bandaraya'
- Bincang pasal pengalaman diet makanan
- 3 tempat yang mesti anda ziarahi
-
Dunia semakin mengecil, perkembangan teknologi yang begitu pesat, telah menyajikan manusia kepelbagaian maklumat dan ilmu yang sekaligus, membentuk pemikiran.
Namun, adakah kita bersikap kritis di dalam menerima maklumat yang terkandung di dalam internet dan media sosial? Sedarkah kita bahawa kandungan dalam media massa terselit halus dibelakangnya mesej dan pemikiran yang mampu mengoncangkan keimanan dan tauhid?
Kami berikan beberapa contoh terkini daripada beberapa buah movie, serta panduan dan nasihat buat anak dan ibu bapa.
Selamat mendengar!
-
[SPOILER ALERT]
Kami tertarik dengan karakter hebat Wahid dan liku-liku dalam perjalanan perjuangan beliau dimana isterinya menjadi mangsa kekejaman pihak musuh. Namun, kami juga terkilan akan prinsip dan pegangan Wahid yang kurang bijak dalam mengimbangi tuntutan - antara isteri & perjuangan.
Kami huraikan dan mengupas mengenai peranan suami secara amnya didalam mengimbangi tuntutan keluarga dan pekerjaan. Apa yang seharusnya dilakukan suami sekiranya isterinya benar2 memerlukannya, sedangkan si suami sedang bergiat dengan pekerjaan dan perjuangan?
-
"Orang Melayu mulia bukan kerana adat, kesultanan atau budaya, tetapi mulia kerana aqidah dan ketaqwaan kepada Allah..."
begitulah diantara dialog Mat Kilau yang dapat kami pelajari.
Banyak lagi pelajaran agama dan muhasabah yang telah kami lakukan sewaktu rakaman podcast.
Semoga bermanfaat. Selamat mendengar!
[SPOILER ALERT]
-
Kami terima kiriman soalan daripada seorang pendengar mengenai apakah dibenarkan dalam Islam, anak murid bersalaman dengan gurunya yang berlainan jantina?
- Daha fazla göster