Folgen
-
Kisah Abu Hurairah R.A, seorang perawi hadis yang memiliki daya ingatan yang kuat, mampu mengingati dan meriwayatkan banyak hadis, disamping mendapat gelaran bapa kucing atas sikapnya yang sayang akan kucing. Mari kita susuri perjalanan sahabat nabi, Abu Hurairah ini bersama sama.
Dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Sains Maklumat UiTM; Nur Fakhriah Diyanah Binti Fizalman, Siti Dzubaidah Binti Pahrurozi, Nurin Azra Syazreena Binti Mohamad dan Nurhaifa Nabilah Binti Adnan -
Kisah saudagar kaya yang menjadikan harta dunianya untuk bekalannya di akhirat kelak. Ini kisah Abdul Rahman bin Auf, seorang saudagar yang sangat kaya, baik hati, dermawan dan rajin bersedekah.
Dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Sains Maklumat UiTM; Nue Azleena Binti Zulkifle, Nur Sharina Binti Aziz, Muhammad Azrin Bin Arba'e, Syed Mohamad Ezam Bin Syed Abdul Rahim dan Wan Nurain Izati Binti Mior Ahmad Kamil -
Fehlende Folgen?
-
Uthman bin Affan, seorang saudagar kain yang memiliki sifat yang mulia iaitu merupakan seorang yang jujur, lemah lembut dan
juga peramah, disebabkan sifat inilah beliau menjadi semakin kaya raya. Dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Sains Maklumat UiTM; Nurul Asyikin Binti Syamsul Kamal, Nur Yang Syaqirin Binti Marni, Nurhidayah Binti Ismail, Muhamad Kairul Syam dan Izzah Maisarah Binti Abu Bakar -
Kisah mengenai Sa’ad As-Sulami yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang berkulit gelap, bahkan kulitnya lebih gelap daripada Bilal Ibn Rabah. Sa’ad As-Sulami mengenali Islam ketika beliau berusia 31 tahun dan mempunyai hasrat untuk berkahwin. Dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Sains Maklumat UiTM; Ahmad Haziq Bin Kamaruddin, Claudya Aguilera Anak Sandau, Zul Syamiluddin Bin Zulkefli dan Noor Nazirah Binti Mustapha
-
Ini kisah seorang sahabat yang juga merupakan bapa saudara dan saudara susuan kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu Hamzah bin Abdul Muttalib. Beliau sangat handal dalam memanah dan menunggang kuda. Beliau juga selalu menghabiskan waktu dengan memburu. Hamzah merupakan seorang pahlawan yang berani.
Dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Sains Maklumat UiTM; Zamzahida Binti Muhammad Zukri, Muna Farihah Binti Mazul Hisham, Aina Fakhira Binti Ahmad Sahuri dan Iffah Izzati Binti Maslan. -
Ini kisah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang dilatih menjadi seorang pahlawan yang hebat. Beliau sangat cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata bahkan telah mendapat gelaran "Pedang Allah". Ini kisah sahabat, Khalid Al-Walid.
Dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Sains Maklumat UiTM; Fatin Nur Hananni Binti Radzuan, Nurul Afiqah Athira Binti Zulpakar, Rohidatul Aishah Binti Aminuddin dan Nur Nabilah Binti Padly.