Aisha berjaya meningkatkan nama selepas Big Stage dan menjadi salah satu artis Malaysia yang dikenali sehingga dipanggil menjadi salah seorang mentor bagi rancangan The Chosen One. Dia sendiri tertanya layak ke dia menjadi mentor?
Selepas Aisha Retno keluar daripada Big Stage, bermulalah perjalanannya dalam industri hiburan tanah air. Tapi Aisha kata apa yang dia ada sekarang ini adalah atas jasa sokongan peminat yang terus menyokong dia dari Big Stage sehingga sekarang dan tiadalah Aisha Retno jika tiada peminatnya.
Big Stage adalah terbesar bagi nama-nama baharu untuk meningkat naik dalam industri hiburan Malaysia. Jadi, for the longest time itulah impian Aisha Retno. Namun, kriteria untuk memasuki Big Stage anda perlu memiliki 500k tontonan. Ini kisah perjalanan Aisha memasuki Big Stage.
Dalam episod minggu ini, Aisha Retno berkongsi tentang kehidupan dia membesar di Indonesia dan Malaysia. Bercerita tentang pengorbanan ibunya meninggalkan kerjaya dan kehidupannya di Indonesia demi anak-anak dan keluarga.
Aisha Retno bukan sekadar penyanyi, tetapi penulis lagu juga. Bukan mudah bagi Aisha nak belajar tulis lagu tetapi sanggup buat apa sahaja untuk menulis sebuah lagu yang mengikat jiwa para pendengar.
Update Required To play the media you will need to either update your browser to a recent version or update your Flash plugin.